Hujan Rahmat

Alhamdulillah sudah beberapa minggu langit Oman agak mendung dan kerap hujan. Boleh dikatakan tahun ini merupakan tahun pertama saya merasai hujan berulangkali setelah hampir 7 tahun berada disini.

Apabila sudah terbiasa dengan langit yang cerah dan terang, cuaca yang panas, bila langit agak mendung, terasa suram saja alam sekeliling.

Apa yang pasti, hujan yang turun membawa rahmat kepada kami disini, ia menyejukkan bumi yang panas, membasahkan tanah yang gersang, membawa hawa sejuk hinggakan kami tidak perlu lagi menggunakan aircond. Alhamdulillah...

Malam tadi hujan turun lagi serta agak lebat, namun begitu ia tidak selebat hujan yang turun sebelum hariraya aidiladha, yang telah menyebabkan banjir dibeberapa tempat disini.

Saya masih teringat pada petang tersebut, hujan yang amat lebat telah menyebabkan jalan sesak berjam-jam diroundabout dihadapan rumah saya.

Apabila mengikuti berita pada hari berikutnya barulah saya tahu bahawa kawasan bersebelahan telah dilanda banjir, ia termasuklah kawasan Hospital al-Nahdha  disini.

Walauapapun cuaca alam sekeliling kita, bersyukurlah selalu kerana ia adalah Rahmat Ilahi buat hamba-hamba-Nya. Alhamdulillah 'ala kulli hal...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kesan Perang Gaza

'Ammi atau Fushah?

Muscat Festival 2016