Janji Melayu atau Janji Arab?

Janji Melayu...satu ungkapan yang selalu kita dengar bila menghadiri apa-apa program ataupun apa-apa temujanji yang berkaitan dengan waktu suatu ketika dulu.

Ia menunjukkan bahawa orang Melayu selalu lambat dan tidak menepati masa yang sepatutnya. Biasanya jika berjanji jam 7 dia akan sampai setengah jam atau sejam kemudian. Begitu juga jika program sepatutnya bermula jam 7 ia akan dimulakan lebih lambat. 

Apakah sikap tidak menepati masa tersebut masih ada dalam masyarakat Melayu? 

Sepanjang bergaul dengan orang-orang Melayu disini, saya dapati kebanyakan mereka menepati masa serta begitu menghargai masa. Begitu juga setiap program bermula pada waktu seperti yang dijanjikan.

Oleh itu saya merasakan bahawa ungkapan tersebut tidak lagi sesuai untuk digunakan oleh masyarakat melayu disini. Alhamdulillah.

Apa yang jelas kebanyakan rakan-rakan disini menghargai masa serta mempunyai perancangan yang jelas. Itulah sumber kemakmuran hidup mereka.

Jika dulu saya selalu mendengar leteran tentang sikap melayu yang tidak menghargai masa, tetapi kini saya pula yang selalu berleter sendirian setiap kali memenuhi temujanji dengan rakan-rakan daripada negara lain, terutamanya orang-orang Arab.

Sebenarnya setiap kali berjanji dengan orang-orang Arab saya menjadi tertekan, kerana sikap mereka yang begitu tidak acuh tentang pengurusan masa. Memang menyakitkan hati apabila mereka selalu lewat setiap kali berjanji kemudian tiada ungkapan maaf diatas kelewatan tersebut.

Begitu juga sikap yang begitu mudah menunda-nunda apa-apa aktiviti serta tiada perancangan yang jelas setiap kali mengadakan aktiviti. Oleh itu jika dulu saya resah dengan janji melayu sekarang saya menjadi resah tiap kali berjanji dengan orang-orang Arab. 

Bagi saya, jika begitulah sikap ilmuan Arab dan keluarga mereka, apa lagi sikap orang-orang Arab lain yang tidak berilmu pengetahuan.

Bagi mereka melewatkan program sejam dua jam adalah biasa, begitu juga melanjutkan masa seberapa lama yang mereka suka juga adalah biasa, jadi apabila berada bersama-sama mereka, kita menjadi tertekan kerana tiada pengurusan masa yang jelas.

Jadi janganlah kita terlalu beremosi bila melihat tuntutan revolusi di negara-negara Arab sekarang, kerana semuanya berpunca daripada sikap mereka sendiri. Jika mereka tidak mampu mengubah sikap mereka siapakah yang dapat membantu mereka lagi?  

Jadi sekarang ini janji siapa yang lebih menenangkan hati saya? Jawapannya adalah janji orang-orang yang menepati janji-janji mereka serta janji orang-orang yang menghargai masa.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Alam Bermusim

Tujuan Belajar Khat

Surat Rasulullah SAW kepada Raja Oman