Wanita 1/4 Ahli Dewan Tunisia

Sudah sebulan lebih pilihanraya asas Tunisia berlangsung iaitu pada 23 Oktober 2011, dan sudah beberapa hari calon-calon yang terpilih bermesyuarat diparlimen Tunisia, barulah saya berkesempatan untuk menulis mengenainya disini.

Pilihanraya tersebut yang dinyatakan sebagai satu pilihanraya bersih dan  telus telah dihadiri oleh ramai pemerhati daripada seluruh dunia. Ia mengambil masa beberapa hari sebelum keputusan rasmi diumumkan, kerana petugas pilihanraya yang kurang berpengalaman.

Apa yang menarik perhatian saya ialah lebih  kurang satu perempat calon yang terpilih adalah terdiri daripada wanita. Ini termasuklah calon-calon daripada Parti Al-Nahdha, sebuah parti berideologi Islam, yang turut menyenaraikan ramai calon wanita sebagai wakil rakyat mereka, termasuklah wanita yang tidak bertudung (?) 

Setiap hari  TV Tunisia menyiarkan siaran langsung persidangan di Parlimen, yang bermula dengan beberapa adegan penentangan beberapa wakil rakyat pembangkang. Satu adegan yang agak tidak sesuai dengan tujuan asal mereka bersidang disitu.

Alhamdulillah ia berjaya diselesaikan dengan cara baik setelah beberapa orang calon bangun memberikan hujah mereka. Selepas itu saya agak kurang mengikuti laporan tersebut.

Apa yang penting ialah penyertaan wanita sebagai ahli dewan, yang mana ini memberi peluang kepada mereka untuk menyuarakan pendapat wanita...ini amat sesuai dengan keadaan sebelum revolusi, yang mana isteri bekas presiden begitu berkuasa.

Presiden tersebut jatuh kerana kuasa seorang wanita, hingga sekarang suara wanita masih tetap kuat disana. 

Sebenarnya wanita-wanita Tunisia agak bimbang apabila parti al-Nahdha berjaya memenangi majoriti tertinggi dalam pilihanraya, mereka takut jika parti tersebut mewajibkan mereka untuk bertudung. Selepas keputusan diumumkan beberapa kumpulan wanita berkumpul membantah serta meminta agar mereka diberi kebebasan seperti dulu.

Namun begitu pada hari pertama persidangan, wanita yang lantang bersuara adalah wanita yang tidak bertudung, manakala wanita bertudung membisu tanpa hujah.

Alhamdulillah selepas revolusii pelbagai perubahan wujud di Tunisia, wanita-wanita kini bebas memilih pakaian mereka sama ada bertudung atau tidak, wanita bertudung tidak lagi ditekan. Wanita bertudung dari luar juga bebas memasuki dan melawat Tunisia (termasuklah saya dan anak).

Moga wanita Tunisia tahu apa yang diperjuangkan, kerana wanita adalah tonggak kemajuan negara. Jika wanita bijak berfikir serta bertindak, mereka mampu membantu membangunkan negara mereka. Sama-samalah kita doakan agar wanita Tunisia terus  berjaya dalam usaha-usaha mereka.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kesan Perang Gaza

Muscat Festival 2016

'Ammi atau Fushah?