Salam Perjuangan

Bismillah...
Alhamdulillah...

Pejam celik, sudah masuk hari kelima kita berada dalam tahun baru masihi, mengikut kalendar hijrah, kita sudah menghampiri penghujung bulan Safar.
 
Alhamdulillah tergerak juga jari ini untuk menaip disini, menulis lagi disini...
 
Sepanjang beberapa hari ini, wall di fb penuh dengan luahan isihati ibu-ibu, rakan-rakan yang menghantarkan anak-anak untuk tinggal diasrama, menyambung pelajaran pada tahun baru.
 
Ada perasaan sedih-pilu kerana terpaksa berpisah dengan anak-anak, risaukan anak-anak, risaukan akhlak anak-anak bila berjauhan serta pelbagai perasaan lagi.
 
Itulah trend di Malaysia, menghantar anak-anak ke sekolah berasrama untuk membentuk personaliti mereka, agar menjadi anak-anak yang patuh dan berdisiplin. Apakah ia tindakan yang tepat?
Apakah ibubapa tidak mampu melakukan sendiri tugas dan tanggungjawab tersebut?
 
Persoalannya bilakah umur yang sesuai untuk kita lepaskan anak-anak berada jauh daripada kita? Apakah 13 tahun adalah betul-betul sesuai ataupun kita lewatkan sedikit lagi, agar kita dapat membentuk sendiri personaliti anak-anak.
 
Persoalan lain, apakah anak-anak perempuan juga sesuai untuk kita lepaskan berada diasrama ketika berumur sebegini?
 
Satu lain persoalan, apakah sekolah-sekolah berdekatan dengan tempat tinggal kita tidak mampu menyediakan keinginan kita, hinggakan kita terpaksa menghantar anak-anak begitu jauh?
 
Sebenarnya kita diberi pilihan untuk memilih, memilih untuk senang atau susah? Jika kita inginkan ketenangan, tentulah kita akan memilih sesuatu yang senang, dalam pendidikan anak-anak, kita pilih tempat yang memudahkan kita dalam mendidik anak-anak, tanpa perlu menyerahkan tugas tersebut kepada orang lain.
 
Jika kita memilih sesuatu yang susah dengan harapan untuk memudahkan di kemudian hari, apakah kita yakin bahawa kita memiliki hari tersebut kerana semuanya hanya ada dalam pengetahuan Allah swt.
 
Saya bukan memperjuangkan homeschool kerana saya yakin anak-anak perlu dilepaskan beberapa jam dalam sehari untuk bergaul dengan rakan-rakan sebaya, menuntut ilmu dengan guru-guru lain selain ibubapa.
 
Saya memperjuangkan agar ibubapa memainkan peranan penting dalam pendidikan anak-anak, dirumah ataupun diluar rumah, kita bersama-sama melibatkan diri dalam pendidikan anak-anak.
 
Saya juga memperjuangkan agar wanita kembali memenuhi fitrah yang disediakan oleh Allah swt kepada kita, fokuskan pada tugas dan tanggungjawab utama kita, iaitu mendidik anak-anak dan masyarakat disekeliling kita.
 
Masalahnya apabila kita sudah berada begitu jauh daripada fitrah kita, kita akan pening mencari penyelesaian...dimanakah kita ingin bermula?
 
Moga Allah memudahkan segala-galanya...
 
 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kesan Perang Gaza

Muscat Festival 2016

'Ammi atau Fushah?