Catatan

Blog Berhabuk

Alhamdulillah terjumpa balik bloggers link di telefon lama. Jadi kita tulis la sesuatu untuk mencuba kembali adakah blog ini masih berfungsi seperti biasa. Last post 2019...lamaaa sangat dah. Tuan punya blog dah bercuti 7 bulan di Malaysia, kemudian ke Oman pada 11 Januari 2020 dan tersekat disana semasa Covid 19 mula tersebar. Ya...tersekat disana bersama suami dan dua orang anak. Pada hari pertama Lapanganterbang Muscat dibuka semula 1 Oktober 2020 kami bertolak balik ke Malaysia. Saya dan dua orang anak memilih untuk berkuarantin di ILKAP Bangi selama 14 hari. Pada hari kami keluar PKP dijalankan di Selangor, jadi kami terkurung lagi di rumah. Pada hujung bulan 10 kami memohon surat perjalanan merentas negeri untuk balik kampung. Ketika itu Kelantan masih bebas, boleh berjalan dan membuat pelbagai aktiviti. Namun begitu, saya sibuk dengan urusan keluarga. Allah memberi peluang untuk saya berkhidmat kepada kedua orangtua yang tidak sihat. Jadi saya berulangalik ke HUSM beberapa h...

Balik Kampung November 2019

Alhamdulillah saya sempat meluangkan masa untuk balik kampung serta menghabiskan masa bersama kedua orang tua. Saya mengambil peluang ketika berada ditanahair untuk menghabiskan masa bersama mereka, semoga saya masih berpeluang untuk berbakti kepada keduanya. Kebetulan dua orang anak lelaki juga ada cuti seminggu. Bukan mudah untuk memujuk dua anak remaja ini untuk balik kampung. Ini kerana mereka sudah terbiasa berada jauh daripada sanak saudara dan menguruskan diri sendiri. Namun begitu mereka perlu didedahkan kepada suasana keluarga besar, ada datuk dan nenek, bapa dan ibu saudara serta sepupu. Itulah kekurangan anak-anak semasa kecil. Ya berada diperantauan menjadikan mereka memiliki sifat yang berbeza daripada saya. Saya mahu mendidik mereka agar menghargai keluarga besar mereka, menjaga hubungan silaturrahim dengan saudara- mara jauh dan dekat, namun suasana hari ini amat mencabar. Setiap orang sibuk dengan urusan masing-masing. Semoga Allah permudahkan urusan ini. Ketika mer...

Sebulan Sudah Berlalu

Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana diberikan kesempatan untuk menulis disini lagi. Terasa sekejap masa berlalu, hari ini kita dipenghujung Januari. Alhamdulillah bulan yang bermula dengan kesibukan anak-anak menduduki peperiksaan semester pertama. Sekarang mereka masih lagi bercuti. Alhamdulillah saya masih lagi bersemangat melakukan aktiviti berjalan pada waktu pagi, walaupun belum mampu melakukannya setiap hari. Setakat ini paling kurang empat kali seminggu alhamdulillah atas kejayaan kecil ini. Biasanya saya menunggu sehingga terbit matahari sebelum keluar berjalan. Ini kerana cuaca masih sejuk pada awal pagi. Alhamdulillah sepanjang cuti sekolah ini saya fokuskan untuk berkongsi kemahiran menulis khat dengan anak-anak jiran sebanyak dua kali seminggu. Alhamdulillah seronok melayani kerenah mereka, ada yang begitu semangat membuat latihan, ada juga yang seolah-olah dipaksa oleh ibu mereka. Apa-apa pun semua terpulang kepada mereka. Semoga semuanya beroleh manfaat. Semala...

Menulis Di Tahun Baru

Alhamdulillah akhirnya dapat menulis disini pada tahun baru ini. Bulan Januari sudah hampir ke penghujung, anak yang bercuti dari universiti akan memulakan pengajiannya bagi Semester kedua bermula pada hari Ahad ini. Anak yang masih bersekolah masih bercuti sehingga bulan Febuari ini. Seorang baru habis peperiksaan diploma Umum hujung minggu lepas, seorang lagi sudah lama bercuti dan berkurung dirumah. Semalam anak kedua yang berada di Malaysia selamat sampai ke kampung di Kelantan untuk bercuti selama sebulan. Alhamdulillah 'ala kulli hal. Begitulah keadaan keluarga kami bila kesemua anak-anak sudah besar. Ujian dan cabarannya berbeza. Setiap tahun, awal tahun baru disambut dengan musim peperiksaan mengikut takwim persekolahan disini. Apabila peperiksaan tamat, pelajar sekolah akan bercuti selama lebih kurang sebulan, sebelum memulakan semester kedua. Tahun ini ada perbezaan cuti antara universiti dan sekolah lebih kurang dua minggu, jadi agak sukar untuk kami mengatur pr...

Pengisian Ilmu 2018 - 6

Alhamdulillah hari ini saya akan menyambung kembali kisah pengisian ilmu sepanjang tahun 2018 ini. Kelas offline yang saya hadiri seterusnya adalah Seminar Percaya Sebelum Berjaya dibawah bimbingan Coach Zuhairi Nopiah yang berlangsung pada 28/7/2018 di Wisma Sejarah Kuala Lumpur. Pada awalnya saya mendaftarkan anak-anak saya untuk menghadiri program ini, akhirnya saya turut serta bersama-sama mereka. Ini kerana saya juga berminat untuk mengetahui teknik-teknik terbaru yang digunakan dalam program motivasi terkini diMalaysia. Alhamdulillah program sehari ini berjaya menarik minat anak-anak saya yang belum pernah menghadiri sebarang bentuk program motivasi. Mereka amat teruja untuk menghadirinya selepas tamat bengkel dreamboard pada minggu sebelumnya.

Pengisian Ilmu 2018 - 5

Alhamdulillah cerita kembara mencari ilmu pada tahun ini akan diteruskan. Semoga ia tercatat sebagai rujukan kemudian hari. Minggu pertama bulan Julai penuh dengan berbagai aktiviti untuk diri sendiri dan anak-anak. Alhamdulillah 'ala kulli hal. Minggu kedua cuti, tiga orang anak saya mengikuti kelas bahasa inggeris komunikasi di UIAM. Alhamdulillah mereka seronok belajar bersama-sama pelajar UIAM. Kami sebenarnya amat bertuah kerana kelas itu dimulakan bersesuaian drengan percutian kami kali ini. Yuran yang dikenakan untuk orang luar juga amat murah jika dibandingkan dengan bayaran pusat tuisyen bahasa Inggeris diluar. Bayangkan bayaran RM 120 seorang untuk tempoh satu semester pendek iaitu 7 minggu. Kelas tersebut berjalan selama dua jam sehari dan empat hari seminggu anjuran SMART IIUM. Ia memang kelas intensif yang banyak membantu anak-anak saya agar lebih berani berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Pada mulanya saya turut serta anak-anak ke UIAM, setelah yakin anak-...

Pengisian Ilmu 2018 - 4

Alhamdulillah kisah pencarian ilmu bersambung lagi. Kali ini bersempena Sambutan Hariraya CVT  di Shah Alam pada 7/7/2018. Ia kisah perjalanan saya bersama dua orang anak lelaki menyusuri Tasik Shah Alam, singgah di Masjid Shah Alam serta Bilik Pameran Yayasan Restu. Kami bertolak awal pagi ke Shah Alam dengan menaiki komuter. Kemudian menyambung perjalanan dengan menaiki bas percuma Smart Selangor. Ini adalah salah satu cara untuk memperkenalkan pengangkutan awam di Kuala Lumpur kepada anak-anak. Akan tetapi dua orang lagi keletihan serta enggan mengikuti program kali ini. Berjalan kaki dari Dataran Shah Alam, kemudian menyusuri Tasik Shah Alam mengingatkan saya nostalgia lama hampir 30 tahun lalu, iaitu pada tahun 1989/90 ketika saya belajar di Matrik UIAM dan tinggal di Asrama Seksyen 8 Shah Alam. Shah Alam ketika itu yang gersang dan masih baru dibuka, pokok-pokok disekeliling Tasik juga masih kecil. Ketika kunjungan kali ini kebanyakan pokok amat tua dan besar, begitu...

Pengisian Ilmu 2018 -3

Alhamdulillah saya berkesempatan lagi untuk berkongsi perjalanan mencari ilmu sepanjang tahun ini. Perkongsian seterusnya ialah pengisian secara offline yang saya hadiri di Kuala Lumpur setelah menjejaki kaki ke tanahair. Percutian kami pada tahun ini banyak dihabiskan di Kuala Lumpur. Kami berpeluang menghabiskan masa dirumah sendiri yang ditinggalkan agak lama. Sebelum bertolak balik ke Malaysia, saya mencari peluang untuk menghantar anak-anak remaja saya mencari ilmu. Alhamdulillah saya berjaya berhubung dengan MFR untuk mengajar anak-anak saya melukis komik. Ini kerana anak sulung dan ketiga saya amat berminat melukis komik. Jadi saya mengambil peluang mendedahkan mereka kemahiran ini ketika singgah di Kuala Lumpur. Saya juga mendaftarkan mereka untuk mengikuti dua program dibawah Coach Zuhairi Nopiah. Insya Allah saya akan berkongsi secara ditil dalam tajuk seterusnya. Kelas Melukis komik diadakan pada 6/7/2018 di UIAM. Saya memilih UIAM kerana kelas diadakan pada har...

Pengisian Ilmu 2018 -2

Alhamdulillah saya ingin menyambung lagi perkongsian tentang kelas-kelas yang saya ikuti sepanjang tahun ini sama ada secara online atau offline. Setelah mengikuti kelas "kembali bercinta", ada tawaran untuk mengikuti kelas berbayar online iaitu kelas "ehati love renewal". Pada mulanya saya memohon untuk mengikuti kelas tersebut tetapi saya tidak menulis secara ditil masalah saya. Ini menyebabkan permohonan saya tidak dilayan. Ini kerana mereka menfokuskan kepada wanita-wanita yang menghadapi masalah serius dalam hubungan rumahtangga. Setelah kelas bermula dua minggu baru lah saya menghubungi semula admin, memohon untuk mengikuti kelas tersebut. Alhamdulillah akhirnya ada rezeki saya untuk mengikuti kelas itu. Bayarannya agak mahal tetapi berbaloi untuk saya. Pada mulanya saya kurang bersemangat untuk menyiapkan tugasan kerana banyak ketinggalan kelas, akan tetapi saya pastikan diri tidak terlepas kelas online bersama-sama sahabat dalam grup. D...

Pengisian Ilmu 2018 -1

Alhamdulillah mulai hari ini saya akan berkongsi tentang perjalanan 2018 yang saya rasa amat berbeza daripada sebelum ini. Sebenarnya aktiviti-aktiviti yang saya lakukan sepanjang tahun ini, ada yang dirancang lama dan ada yang berlaku tanpa dirancang. Namun semuanya berkisar tentang belajar. Belajar dan mengutip ilmu daripada coach-coach yang berlegar di alam maya. Bila membaca review daripada pengikut mereka, maka saya juga terikut sekali. Alhamdulillah seronok juga bila mengisi masa dengan menghadiri kelas-kelas online. Saya memilih untuk mengikuti mereka kerana ingin memahami situasi yang berlaku dikalangan orang melayu di Malaysia ketika ini. Alhamdulillah kesannya amat positif dan saya rasa lebih yakin untuk menyelesaikan masalah diri sendiri. Saya masih teringat ketika membaca posting-posting di fb, terlintas iklan tentang group "Kembali Bercinta" dibawah bimbingan Coach Diyana Tahir. Bermula sekadar klik link, akhirnya saya mendaftar untuk menyertai grup itu. Alh...

Sambutan Hari Bahasa Arab Sedunia

Imej
Alhamdulillah hari ini 18/12 ialah hari sambutan bahasa Arab sedunia. Setiap tahun sekolah-sekolah disini mengadakan pelbagai aktiviti untuk menggalakkan pelajar-pelajar menggunakan bahasa Arab fushah. Alhamdulillah saya juga berkesempatan untuk turut serta dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan. Biasanya saya dijemput untuk mengendalikan bengkel seni khat yang diadakan bersempena sambutan ini. Ketika anak perempuan saya masih bersekolah, saya dijemput untuk mengendalikan bengkel disekolah beliau. Kemudian dijemput pula ke sekolah lain Alhamdulillah pagi ini sekali lagi saya berpeluang untuk berkongsi kemahiran ini di sebuah sekolah menengah perempuan di Amerat, yang terletak dikawasan perkampungan awal disitu. Sudah dua tahun perancangan bengkel tertangguh kerana sekolah yang menjemput tidak dapat menyediakan pengangkutan untuk kesana. Ini kerana guru yang menjemput mengajar agak jauh dari bandar Muscat. Tahun ini Cikgu tersebut berpindah ke sekolah baru, dan meneruskan perancan...

Tasik Garam di Tunisia

Imej
Alhamdulillah...Pagi ini saya cuba mencatat kenangan percutian tahun ini. 2016 semakin berakhir, namun kenangan yang dikutip akan tetap segar dalam ingatan. Tahun ini giliran kami balik ke Tunisia. Alhamdulillah. Kami mengambil peluang untuk melawat beberapa tempat menarik disana. Apa yang menarik perhatian saya ialah tasik-tasik garam yang boleh ditemui dibeberapa tempat yang kami kunjungi. Subhanallah pemandangan tasik garam begitu menarik perhatian saya. Ada keindahan yang tersendiri. Alhamdulillah kali ini kami berpeluang untuk menghabiskan cuti di apartment yang berhampiran tasik garam di Hergla. Saya masih teringat perasaan seronok apabila melihat tasik berwarna putih dalam perjalanan ke apartment itu. Saya makin teruja bila melihat rumah kami begitu dekat dengan tasik tersebut. Manakala disebelah depan apartment terdapat pemandangan pantai yang indah. Pelbagai rancangan hinggap difikiran saya, mahu menghabiskan cuti berendam didalam tasik garam. Namun begitu angan-...

Latihan CDPR-1

Alhamdulillah hari ini saya meneruskan latihan yang diberikan dalam kelas CDPR semalam. Saya masih ingat lagi terapi yang kami lakukan semalam iaitu meneroka ke dalam diri. Kami cuba mengimbas kembali zaman remaja dan kanak-kanak yang telah dilalui tanpa menghukum. Ya, sekadar mengimbas kembali detik-detik yang telah dilalui ketika itu. Apa yang saya masih ingat bermula dari darjah 4 saya menjadi tukang tulis buku kedatangan murid-murid. Saya menyalin nama-nama pelajar bagi membantu guru. Apabila tiba musim peperiksaan saya juga akan membantu guru mengira markah pelajar serta mengatur keputusan pelajar dalam kelas. Saya menulis dengan pensil kemudian guru tersebut akan menyemak hasil kerja saya. Ketika itu saya begitu fokus dan dapat menyelesaikan tugas dengan baik, alhamdulillah. Saya amat seronok membantu guru sedangkan rakan-rakan lain keluar rehat ataupun bermain-main. Apa yang paling seronok ialah saya dapat mengetahui keputusan peperiksaan sebelum rakan-rakan lain. ...

Sesekali Mengkritik

Entah kenapa tiba-tiba hari ini aku terlebih cakap. Banyak isu tiba-tiba terlepas dari mulut ini. Biarlah aku catat disini untuk peringatan buat diri agar lebih berhati-hati pada masa akan datang. Sebelum itu aku hanya bersembang dengan orang Arab, semuanya berkisar tentang makanan. Selepas rakan Arab mengundur diri kerana ada urusan lain, aku menyertai rakan-rakan senegara mendengar perbincangan beberapa isu. Tiba-tiba tersentuh tentang sikap generasi sekarang di media sosial yang amat membimbangkan. Ya, aku sudah lama memendam perasaan tentang sikap orang melayu terhadap ilmuan, terutama yang memiliki ijazah PhD. Maka terkeluarlah keluhan aku tentang perkara tersebut yang amat berbeza dengan apa yang aku dengar dan lihat berlaku kepada ilmuan negara lain. Sesungguhnya aku melihat orang luar menghormati ilmuan mereka, tidak berani mengkritik serta memperbodoh-bodohkan para ilmuan terutama yang memiliki PhD. Ia amat berbeza daripada apa yang aku lalui selama ini, begitu juga apa ya...

Cerita Masa Kecil 2

Alhamdulillah saya ingin menulis lagi, berkongsi kenangan lama dengan sesiapa yang sudi membaca. Hari ini saya menyiapkan tugasan kelas online yang saya sedang ikuti iaitu Kelas Advance Cermin Diri. Tugasannya ialah tulis apa yang anda ingat sebelum berumur 10 tahun. Jadi alang-alang dah menulis tentang kisah hidup sebelum berumur sepuluh tahun, saya akan kongsikan juga kisah-kisah lain yang masih saya ingat. Alhamdulillah saya memberanikan diri menulis tanpa menghukum, kenangan hidup saya akan saya abadikan disini. Sebagaimana yang saya sebut sebelum ini, kehidupan masa kecil saya amat bebas, tetapi jika melakukan kesilapan saya tetap dihukum oleh ayah. Oleh itu saya tetap berhati-hati dan memberitahu kemana saya pergi. Kisah saya sebelum umur 10 tahun adalah kisah keberanian, kebebasan serta bebas memilih dan membuat keputusan sendiri. Ketika itu hidup saya amat indah, pernah mewakili sekolah dalam pertandingan koir peringkatan jajahan Kota Bharu. Saya juga amat aktif bersukan,...

Cerita Masa Kecil

Alhamdulillah hari ini saya ingin kongsikan tentang kebiasaan saya dan apa yang berlaku. Bila mengimbas kembali sikap dan personaliti saya sewaktu kecil, ia amat berbeza daripada saya sekarang. Ya, saya anak yang sentiasa membuat sesuatu mengikut kehendak hati. Saya bebas berjalan ke mana-mana dan menziarahi sesiapa saja semasa kecil. Oleh sebab itu saya mengenali dan rapat dengan ramai orang. Ketika darjah tiga Ayah membelikan basikal untuk kegunaan keluarga, dan saya mula belajar mengayuhnya. Saya masih ingat kali pertama belajar saya terjatuh ke dalam parit disebelah taliair. Ketika itu saya tidak sempat membrek basikal, dikiri saya taliair dan sebelah kanan parit besar dan dalam. Saya terjatuh ke sebelah kanan, iaitu sebuah parit besar. Ketika itu taliair tersebut hanya beberapa tahun dibina, begitu juga parit besar disebelahnya. Saya sempat melihat kejernihan air taliair yang dikawal untuk kegunaan menanam padi. Sayangnya hari ini taliair yang cantik itu tidak terjaga, dan di...

Cerita Tarikh Lahir

Alhamdulillah hari ini umur semakin bertambah, semakin mendekat ke separuh abad. Teringat suasana Oman ketika kali pertama menjejaki kaki ke sini 13 tahun dulu, sepanjang jalan utama dihias indah dengan lampu berhias. Hati tertanya-tanya kenapa ia dihias begitu cantik. Rupa-rupanya bulan November ialah bulan sambutan hari Kebangsaan Oman, Eid Watani iaitu setiap 18 November. Selepas itu dapat maklumat bahawa Sultan Qaboos mula dilantik pada tahun 1970, sama tahun kelahiran saya. Itu kisah Oman yang lengkap tercatat tarikhnya. Kisah bagaimana Sultan Qaboos mengambilalih kuasa daripada ayahanda baginda amat menarik untuk dibaca. Kisah saya pula berbeza. Semenjak kecil ibu menceritakan bahawa tarikh yang tertulis pada surat beranak tu salah, saya dilahirkan akhir bulan November bukan pertengahan. Ini kerana ketika itu saudara ayah yang bekerja sebagai polis mendaftarkan kelahiran saya. Beberapa maklumat kelahiran saya yang didaftarkan silap. Dalilnya surat beranak asal saya penuh den...

Satu Persinggahan

Alhamdulillah syukur kepada Allah swt kerana masih diberi peluang bernafas dan menikmati keindahan alam ini. Sesungguhnya dunia ini satu persinggahan, sebelum sampai ke tempat abadi kita. Jadi syukurilah segala nikmat dihadapan mata, kerana itu rezeki yang telah dikurniakan kepadamu. Bila bercerita tentang persinggahan, bagi seorang penggembara yang berada jauh dari tanahair, ia seolah-olah transit ketika berehat sebentar sebelum menyambung penerbangan ke destinasi yang dipilih. Bagi saya, kita yang memilih penerbangan kita, berapa lama transit yang kita pilih bergantung kepada peluang yang ada ketika kita memilih tiket. Ada ketika kita bertemu pilihan yang mudah, transit sekadar keperluan, ada ketika kita mendapat tempoh transit yang singkat, yang mana kita terpaksa bergegas mencari pintu berlepas seterusnya. Ada kala kita tersilap pilih tiket yang menyebabkan kita terpaksa menunggu lama untuk menaiki penerbangan seterusnya. Itulah gambaran persinggahan jika kita menggembara meng...

Genap 13 Tahun

Imej
Alhamdulillah...thumma alhamdulillah Syukur kepada Allah swt kerana masih memberi peluang kepada kami untuk berada di bumi Muscat. Bumi yang penuh ketenangan dan keberkatan. Sesungguhnya saya tidak pernah terfikir akan sampai ke sini, dan merantau sebegini lama. Sesungguhnya ketentuan Allah swt itulah yang terbaik. Bila diimbas balik sudah beberapa kali kami merancang ingin berubah angin, tetapi akhirnya kami tetap disini. Ada hikmah dan ketentuan yang tidak kami ketahui tersimpan disini. Semoga segalanya yang terbaik untuk kami sekeluarga. Bila dikenang kembali, alhamdulillah dibumi ini kami sempat berkenalan dan bertemu pelbagai ragam manusia dari pelbagai pelusuk dunia. Ada yang sekadar menyapa dipertemuan dan ada yang akrab dengan kami. Alhamdulillah 'ala kulli hal. Sesungguhnya kami redha dengan ketentuan ini, dan mengharapkan yang terbaik di sini dan di sana. Alhamdulillah 'ala kulli hal.

Kelas Advance CDPR -1

Imej
Alhamdulillah hari ini saya berpeluang mengikuti secara live kelas Advance "Cermin Diri Pantulan Rezeki" yang dikendalikan oleh Coach Nora Zyan dari Satria Cinta. Kelas ini akan berlangsung selama dua bulan. Sebelum ini saya mengikuti kelas Cermin Diri Pantulan Rezeki selama 31 hari. Kelas yang berlangsung selama sebulan dengan pelbagai terapi itu amat menarik dan banyak membantu saya mengurus emosi. Bagi saya, menuntut ilmu itu amat perlu setiap masa, tidak kira lah secara berdepan atau online. Memandangkan saya berada jauh dari Tanahair, saya memilih untuk belajar secara online. Apa yang best sangat tentang kelas ini? Ia adalah sambungan perkongsian yang saya pelajari sebelum ini, malah lebih mendalam. Bagi saya, kita amat perlu kepada ilmu mengurus emosi, kerana ia akan memberi kesan kepada hubungan kita dengan insan disekeliling kita. Sekiranya kita mampu mengurus emosi dengan baik, kita akan merasa tenang dan bahagia setiap masa. Dalam kelas hari ini kami belajar t...