Kita dan Jiran

Masih terngiang-ngiang di telinga hadis yang dihafal oleh Solah, anak yang paling kecil tentang hubungan dengan jiran.
ما زال جبريل يوصيني بالجار حتى ظننت أنه سيورثه
yang bermaksud
 "dan Jibril sentiasa mewasiatkan ku tentang jiran sehingga aku menyangka bahawa dia akan mewarisinya'.

Hebatnya jiran, sampai begitu sekali Nabi Muhammad saw diingatkan tentang mereka, tentu ada kepentingannya buat kita hari ini.

Sememangnya jiran adalah sebahagian daripada kita, apakah kita mengendahkan kewujudan mereka ataupun kita tidak mengenalipun siapa jiran kita.

Inilah peringatan buat diri ini, bagaimana nak memastikan kita menjaga hak-hak mereka? Tambahan pula bila berjiran dengan jiran daripada pelbagai negara, semuanya mempunyai adat dan budaya yang berbeza. Mampukah kita memenuhi tanggungjawab ini?

Kadang-kadang tidak mampu nak berkomunikasi disebabkan masalah bahasa, jadi senyum adalah penghubung antara kita. Tak tahu nak buat apa lagi.

Alhamdulillah bila berada dirumah, kita mempunyai masa untuk melaksanakan tuntutan tersebut, jika nak dibandingkan dengan masa bekerja, yang mana susah untuk mencari masa bersama-sama dengan jiran.

Surirumah adalah ejen perhubungan sesama jiran, beliaulah yang boleh memastikan hubungan dengan jiran terjalin erat.

Bila surirumah sibuk bekerja diluar, hubungan kejiranan menjadi hambar kerana masing-masing sibuk. Maka wujudlah masyarakat aku aku, kau kau sebagaimana yang wujud di kebanyakan bandar-bandar besar.

Kita tidak lagi merasai kepentingan jiran kerana kita mampu menyediakan duit untuk semua keperluan kita. Jika nak berkenduri, kita boleh tempah makanan, jika nak bersosial kita ada ramai kawan-kawan yang jauh untuk beramah mesra.

Pendek kata, apa perlunya jiran? Mengapa pula hadis diatas disebut?

Setiap perkataan yang datang daripada Rasulullah saw ada kepentingannya yang tidak mampu kita sangkal.

Lihatlah apa yang berlaku dalam masyarakat Melayu bila kita tidak mengendahkan tanggungjawab ini. Masalah sosial begitu tenat, walaupun kebanyakan ahli masyarakat adalah terdiri daripada golongan terpelajar. 

Jadi ingatlah jiran kita, cuba ambil tahu apakah keperluan mereka yang boleh kita bantu. Sama-samalah kita menjadi umat Islam yang prihatin terhadap jiran.






Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Alam Bermusim

Tujuan Belajar Khat

Ilmu Allah itu Sangat Luas