Tadabbur Alam

Alhamdulillah semenjak berada disini, kami sentiasa berpeluang untuk menikmati keindahan kejadian alam ini. Walaupun kami tidak berjalan jauh tapi program hujung minggu benar-benar memberikan ketenangan kepada kami sekeluarga.

Seronoknya bila kita mampu berada dalam suasana tenang, jauh daripada kesibukan kerja dan kesibukan suasana di sekeliling rumah yang sentiasa sibuk. 

Sesungguhnya ketenangan itu tiada bandingannya, alhamdulillah atas kurniaan itu Ya Rabb. 

Ketika berada di taman ini, saya selalu bayangkan betapa cantiknya alam kejadian Allah swt.

Sesungguhnya kehijauan rumput benar-benar memberikan ketenangan kepada insan yang hidup di kawasan padang pasir. Subhanallah.

Bersyukur juga kerana insan mampu menggunakan teknologi terkini, yang mana padang pasir boleh ditukarkan kepada taman yang begini indah.

Buat masa sekarang pokok-pokok kurma mula mengeluarkan buah, insya Allah kami boleh mempelajari tentang perkembangan buah kurma pula. Yang nyata anak-anak selalu bertanya bilakah buah ini 
akan masak?

Setiap minggu jugalah mereka mengutip buah-buah kecil yang jatuh ke bumi sambil memerhati. Alhamdulillah.
Kemudian meneroka kawasan pinggiran pantai, melihat keindahannya, yang dibayangi oleh bukit-bukau coklat. Indahnya ciptaan-Mu Ya Rabb.
Selalunya pada waktu pagi kami berenang di pantai sambil melihat ikan-ikan pelbagai bentuk dan warna. Itulah aktiviti keluarga yang ditunggu-tunggu oleh anak-anak.

Alhamdulillah anak-anak semakin yakin untuk berenang ke kawasan air dalam sambil melihat ikan.

Inilah kegemaran saya, mengambil gambar pemandangan alam sekeliling. Terasa tenang bila melihat balik tempat-tempat yang telah menambah ketenangan dalam diri. Alhamdulillah.



Begitu jugalah, bila melihat barisan pokok kurma di Taman Kalbuh ini, hati masih lagi bertanya: "Mengapakah kita diumpamakan sebagai pohon kurma?"

Hadis Rasulullah saw tentang perumpamaan seorang Muslim dengan pohon kurma sentiasa menjadi tajuk perbincangan dengan anak-anak. Moga-moga mereka mengerti tujuan hidup mereka.


Sebenarnya bila kita memerhatikan alam ini, kita seolah-olah terasa itulah "Ayat2 Allah", ia adalah satu cara yang dapat meneguhkan iman kita, serta mampu menenangkan jiwa. Sesungguhnya tidak rugi kita menghampirkan diri kepada alam ciptaan Allah.

Kadang2 terfikir, mengapa 'Mat Salleh' suka ambil gambar pemandangan sdgkan orang2 Islam sibuk ambil gambar diri sendiri?

Sama-samalah kita mentadabbur alam ini, agar hati kita menjadi lebih lembut serta dekat kepada Allah.




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kesan Perang Gaza

'Ammi atau Fushah?

Muscat Festival 2016