Entah Apa-apa

Entah kenapa seminggu ni saya selalu berdepan, melihat sikap-sikap dan tindakan yang kurang enak didengar dan dilihat berlaku dihadapan mata saya.

Hati terfikir mengapa terjadi begitu? Mungkin juga flat kami berada di tengah-tengah kawasan perniagaan, jadi perkara sebegitu adalah biasa dalam dunia sebegini.

Bila manusia hanya memikirkan kepentingan diri sendiri, mereka akan lupa tanggungjawab mereka terhadap orang lain, terutama jiran-jiran sekeliling.

Anak-anak bertanya mengapa laluan masuk ke lif di bangunan kami tinggal di rantai (tutup) utk dijadikan parking persendirian sebuah Syarikat besar dan terkenal disini. Apa nak dijawab, kerana kesilapan amat jelas sekali, sebesar manapun Syarikat, sekaya manapun mereka, jika hati pekerja-pekerjanya kosong apalah maknanya.

Kadang-kadang terfikir, sudah butakah mata mereka yang memilih lot parking tersebut sedangkan masih banyak tempat lain yang tidak menganggu laluan orang ramai.

Sekadar menambah penjelasan kepada anak-anak saya menyelit satu hadis Rasulullah tentang balasan pahala yang akan Allah berikan kepada sesiapa yang menolong membuang ranting kayu di tengah jalan, agar tidak menghalang perjalanan orang lain. Tapi apa yang berlaku di sini, mereka bukan membuang tapi merantai laluan tersebut yang akan menyusahkan setiap orang yang ingin ke flat mereka.

Memang pelik bila memikirkan sikap orang-orang hari ini, yang selalu membuat sesuatu seolah-olah tanpa berfikir panjang. Mana perginya ilmu yang dipelajari, jika perkara kecil sebegitu tidak mampu diputuskan dengan bijaksana.

Moga Allah memudahkan kita melakukan sesuatu dengan mengambilkira hati dan perasaan orang lain. Apakah ini kekurangan ilmu pengurusan emosi? Sama-samalah kita fikirkan.

p/s- Alhamdulillah semalam (28/5/2010) tiang-tiang dan rantai yang menghalang laluan tersebut telah selamat dipindahkan ke parking berdekatannya, tidak lagi menghalang laluan kami disini.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Alam Bermusim

Tujuan Belajar Khat

Ilmu Allah itu Sangat Luas