Rindu Apakah ini?

Entah kenapa hati teringat-ingatkan sesuatu yang kurang, macam terindu-rindukan sesuatu, apakah yang dirindui itu? Memang berada jauh dari kampung halaman membuatkan kita rindu, tapi rindu yang satu ini amat sukar untuk dijelaskan.

Bila fikir dan fikirkan...barulah terasa, sebenarnya hati ini merindui Laungan Agung yang agak kurang didengari semenjak sebulan dua ini.

Sebenarnya dah dekat dua bulan, kami tidak lagi dapat mendengar khutbah Jumaat daripada beranda rumah kerana undang-undang baru dikuatkuasakan tidak membenarkan masjid memasang speaker ke luar masjid. Pada mulanya saya terasa amat sedih tapi kami hanyalah perantau, apalah hak kami disini.

Entahlah susah juga bila difikirkan, dari mana datangnya idea sebegitu sedangkan sebelum ini kami(kaum wanita) boleh tumpang dengar khutbah Jumaat, sekarang kami sudah kehilangan peluang itu.

Kalau nak dengar sangat kenalah menonton TV tapi ia tidak sama dengan getaran khutbah daripada masjid berdekatan rumah kami.

Dalam masa yang sama volume Azan juga telah diperlahankan, tidak lagi sekuat dulu, ini menyebabkan kami kerinduan laungan agung tersebut. Bila volume dah perlahan, kebarangkalian terdengar laungan tersebut menjadi amat kurang, mungkinkah itu yang menyebabkan hati ini rindu?

Sedih juga bila mengingatkan betapa seronok kehidupan di sini bila selalu mendengar laungan azan berulang-ulang daripada pelbagai masjid di sekeliling rumah kami. Betapa tenang dan damainya mendengar laungan yang mengingatkan kita kepada Allah, walaupun kuat getarannya amat terasa.

Tapi sekarang terasa ada kekurangannya...betapa aku merindui-NYA.

Mungkinkah perasaan yang sama juga dirasai oleh orang lain yang hidup di negara yang tiada laungan azan?
Baru kini saya menyedari betapa kuatnya kesan azan ke dalam jiwa mukmin, jika ia dihayati dengan sebaik-baiknya.

Moga semua yang berlaku ini hanya sementara, keyakinan dihati ini tidak pernah hilang bahawa suatu hari ia akan diperbetulkan semua. Allahu Musta'an. 

p/s -  Mungkin ada yang silap faham, azan masih dilaungkan seperti biasa cuma saya yang jarang-jarang mendengarnya.





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Alam Bermusim

Tujuan Belajar Khat

Ilmu Allah itu Sangat Luas