Mimpi Melihat Rasulullah saw - Ulasan Buku

Sekadar berkongsi satu tajuk yang dihuraikan dalam buku "Assyifa Annafsi wa asrar Annaum wa 'ilm jamal" tulisan Dr. Ahmad Shawqi Ibrahim.

Menurut penulis: " Apabila seseorang melihat Rasulullah saw dalam mimpi "ru'ya" sesungguhnya dia telah melihat baginda yang sebenarnya kerana Rasulullah saw telah bersabda dalam hadis iaitu
"barangsiapa yang melihatku didalam mimpi, sesungguhnya dia telah melihatku, kerana syaitan tidak menyerupaiku",
manakala dalam riwayat lain:
 "sesiapa yang melihatku didalam mimpi sesungguhnya dia telah melihatku yang sebenar-benarnya, sesungguhnya syaitan tidak dapat menyerupaiku".
Maka ia adalah mimpi yang benar kerana ia berkaitan dengan Rasulullah saw.

Menurut penulis lagi: "Sekiranya kita memikirkan tentang perkara ini, kita akan dapati bahawa ia adalah nikmat daripada Allah swt kepada insan tersebut."

Jika kita berfikir lagi: "Siapakah 'sahabi'? Merekalah orang-orang Mukmin yang bercakap dengan Rasulullah saw ataupun mendampingi baginda, ataupun mendengar ataupun sekadar melihat baginda.

Jadi sekiranya mimpi melihat Rasulullah saw adalah mimpi benar, maka orang yang mengalami mimpi tersebut telah sampai kepada martabat mendekati martabat 'sahabi', itulah nikmat yang mereka perolehi daripada Allah swt.

Manakala 'sahabi' ada beberapa darjat, begitu juga orang Mukmin yang bermimpi bertemu Rasulullah saw. Peringkat yang tertinggi adalah orang yang bermimpi berkata-kata dengan Rasulullah dan baginda menjawabnya, dan peringkat yang rendah sekadar melihat baginda tanpa berkata-kata."

Itulah pendapat penulis buku tersebut mengenai mimpi bertemu Rasulullah saw, ada banyak lagi perkara yang seronok untuk dibicarakan tentang tulisan beliau.   

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Alam Bermusim

Tujuan Belajar Khat

Ilmu Allah itu Sangat Luas