Al-Quran Teman Sejatiku

Alhamdulillah...saya akan memulakan perbincangan berkaitan Al-Quran serta bagaimana kesannya didalam kehidupan kita sehari-hari . Moga ia membantu kita memahami apa sebenarnya pandangan kita terhadap kita suci panduan hidup kita ini.

Jika kita meneliti kembali kehidupan kita sebagai insan yang diciptakan oleh Allah swt, apakah kita faham mengenai diri kita?

Apakah kita tahu betapa istimewanya diri yang dijadikan oleh Pencipta kita ini?
Apakah kita betul-betul mengenali diri kita sendiri?
Apakah kita mengerti mengapa kita dijadikan untuk hidup didunia ini?
Apakah kita dijadikan untuk menempuh ujian ataupun untuk menjadi penyumbang kepada kemajuan ummah?

Fahamilah bahawa Allah swt tidak menjadikan kita secara sia-sia, setiap insan yang dijadikan mempunyai kelebihan dan potensi yang tertentu sesuai dengan tempat dan suasana dia dilahirkan.

Subhanallah...kita dilahirkan dengan keunikan tersendiri, kemudian kita dibekalkan dengan kita suci sebagai panduan untuk kita meneruskan kehidupan di alam ini. Itulah kitab suci Al-Quran... Apakah kita menggunapakai kitab panduan ini ataupun kita memilih untuk mengikuti kitab lain, yang kita rasa lebih hebat?

Dalam masa yang sama Allah swt mengutuskan Pesuruh-Nya untuk mendemonstrasikan kepada kita, cara terbaik untuk kita lalui kehidupan kita sehari-hari. Baginda adalah Nabi Muhammad sallalahu alaihi wassalam.

Jika kita memilih Al-Quran sebagai panduan hidup kita, kemudian mengikut tatacara dan sunnah sepertimana yang ditunjukkan oleh Rasulullah saw, insya Allah perjalanan hidup kita akan lebih teratur, dan akan sampai kedestinasi yang betul dan terbaik, sesuai dengan fitrah kejadian kita.

Subhanallah...

Mulai hari ini, bertindaklah untuk menjadikan Al-Quran teman sejati kita, agar perjalanan hidup kita berada dilandasan yang betul.

Tidak rugi orang yang menggunakan masanya untuk memahami, membaca serta menghayati Al-Quran kerana setiap huruf yang dibaca, akan tercatat pahala yang banyak...Banyak rahsia yang mampu kita fahami tentang kita melalui kitab ini, kerana ia disediakan oleh Pencipta Kita untuk kita.
 
Moga Al-Quran menjadi Teman Sejatiku...Amiin. 

Ulasan

ain berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

Catatan popular daripada blog ini

Alam Bermusim

Tujuan Belajar Khat

Surat Rasulullah SAW kepada Raja Oman