Surirumah Terpelajar

Pengalaman berada di negara asing memberi peluang kepada saya bercampur dengan pelbagai golongan surirumah, ada golongan kampung yg tidak berpelajaran, surirumah yang bekerja, ada ramai juga professional yg terpaksa menjadi surirumah kerana mengikuti suami ke luar negara. Jadi ada bermacam-macam cerita dapat dikongsikan bersama.

Di sini saya cuma nak berkongsi tentang professional yang terpaksa menjadi surirumah. Apa taknya, belajar tinggi-tinggi kemudian terperuk dirumah, jaga anak-anak. Mungkin ada yang rasa seronok dapat berehat, melepas lelah bekerja selama ini,namun ada pula yang terpaksa belajar untuk berada dalam situasi baru bagi mereka. Bukan mudah nak menghadapi suasana baru, kalau sebelum ini, pagi-pagi dah terbiasa ke pejabat, namun bila jadi surirumah pejabat dah kat dalam rumah, mana nak pergi? Maka berubahlah jadual waktu bekerja, bukan macam dulu lagi.

Mudah ke nak memulakan cara baru? Mungkin bagi sesetengah wanita ia amat senang, terutama dari segi masa, sangat fleksibel, tidak perlu terburu-buru macam semasa bekerja. Pengurusan masa amat penting kerana ia melambangkan kejayaan kita memegang status surirumah terpelajar, biarlah kita menjadi insan contoh untuk kaum sejenis kita. rasanya untuk melaksanakan tugas-tugas rumahtangga tidak menjadi masalah kepada kita namun kita masih perlu belajar banyak perkara berkaitan rumahtangga.

Apa yang penting sematkan dalam diri niat yang betul agar segala urusan yang kita buat dikira sebagai ibadat oleh Allah swt. Juga kita perlulah banyak berdoa semoga Allah membantu kita menghadapi apa jua masalah.

Sebenarnya kita amat bertuah kerna berpeluang untuk memuhasabah diri, memperbaiki segala kelemahan selama ini. Sekiranya dulu kita tidak berpeluang untuk menyediakan sarapan pagi dan bekal untuk suami dan anak-anak, maka inilah masanya untuk menunjukkan kasih sayang kepada mereka. "Sesungguhnya Allah tidak membebankan seseorang dengan sesuatu diluar kemampuan mereka".

Kalau dulu kita tidak berkesempatan untuk duduk lama dengan anak-anak,kerana kesibukan kerja dipejabat, bila balik kerja sambung kerja di rumah pula, jadi ambillah masa ini untuk mempebaikinya. Perkara yg amat penting ialah untuk memastikan pendidikan aqidah anak-anak mantap. Ambillah peluang untuk mendidik mereka dengan didikan Islam sejati, agar mereka tahu apa yg patut dibuat dan apa yg tidak boleh dibuat. Memang kita mampu memberi anak-anak didikan akademik tapi pendidikan syaksiyyah dan akhlak memerlukan perhatian yg serius daripada kita, janganlah dibiarkan anak-anak kita terlepas bebas kerana itulah perkara utama yg akan disoal kepada kita diakhirat nanti.

Berada diluar negara bermakna kita berada jauh daripada masyarakat yg mengamalkan adat dan amalan seperti kita. Sekiranya kita tidak mementingkan pendidikan aqidah yg betul kepada anak2, apa yg dapat mereka bawa dalam hidup mereka seterusnya. Bagaimanakah bentuk keluarga yg akan mereka bentuk nanti?

Memang sedih bila melihat anak-anak Melayu yg belajar di sekolah antarabangsa, pergaulan tidak terjaga, tidak menutup aurat dsb. Mereka bijak dari segi akademik tapi perlukan didikan agama yg boleh membantu mereka membentuk hidup menurut cara Islam. Inilah tugas surirumah terpelajar,carilah masa untuk membaiki diri sendiri, kemudian pastikan didikan agama anak-anak terjaga agar kita selamat di akhirat nanti.

Ulasan

Mamameera berkata…
Salam Za,

terima kasih sudi berkongsi blog... Memnag benar berada di luar negara benar2 menguji siapa kiata dan mencabar kewibawaan kita sebagai ibi utk mentarbiyyah anak2 mengikut ajaran Islam yg benar... lebih mencabar bile kit berada di negara bukan Islam... harapan moga mampu mendidik 4 puteri kami dgn sempurna walau jauh di perantauan ini...:-)
Aliza Yunus berkata…
Terima kasih sudi berkunjung ke blog ini, memang kita perlu kuat untuk menghadapi cabaran mendidik anak-anak alaf ini. Moga meera dan adik2nya bakal menjadi wanita hebat suatu hari nanti.

Catatan popular daripada blog ini

Alam Bermusim

Tujuan Belajar Khat

Ilmu Allah itu Sangat Luas