Adat Solat Hajat

Alhamdulillah setiap kali pulang bercuti dikampung, kami berkesempatan mengikuti satu adat yang amat penting bagi masyarakat kampung iaitu solat hajat. Ini kerana masa cuti kami selalu jatuh pada masa pendaftaran pelajar baru di institusi pengajian tinggi Malaysia.

Jadi di sana sini orang kampung mengadakan acara solat hajat untuk anak-anak mereka yang akan melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Inilah satu adat baru dalam masyarakat kita, tapi ia semakin popular hinggakan dianggap kemestian bagi ibubapa mengadakannya. Kami juga berkesempatan merasakan keseronokannya alhamdulillah.

Buat minggu ini, setiap hari ada saja acara solat hajat diadakan kerana hujung minggu ini adalah tarikh pendaftaran pelajar baru di institusi pengajian tinggi awam dan swasta. Selalunya solat hajat ini disusuli dengan acara makan-makan. Alhamdulillah inilah kesempatan untuk saya bertemu dengan jiran tetangga serta rakan-rakan yang sudah lama tidak bertemu.

Di Kelantan, itulah adat yang dihidupkan untuk menggantikan adat-adat lama yang bertentangan dengan Islam. Alhamdulillah, masyarakat menyambut baik amalan ini, hinggakan semua acara digantikan dengan amalan solat hajat beramai-ramai seperti menduduki rumah baru, membeli kereta, berpindah ke tempat baru, menyambung pelajaran serta pelbagai lagi amalan lain.

Moga masyarakat kita betul-betul memahami konsep solat hajat ini, agar ia menjadi satu ibadah kita kepada Allah swt.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kesan Perang Gaza

'Ammi atau Fushah?

Muscat Festival 2016