Jalan-jalan Cari Buku

Alhamdulillah, semenjak balik kampung saya berkesempatan untuk membeli dan membaca beberapa buah buku. Antaranya buku Quranic Law of Attraction oleh Rusdin S. Rauf yang berjaya saya habiskan dalam masa sehari setengah. Memang menarik perbincangan yang disampaikan oleh penulis ini.

Memang lama tak membaca buku-buku dalam bahasa Melayu, jadi bila dah dapat tunggu apa lagi.

Buku ini menceritakan tentang bagaimana menyerlahkan potensi diri secara optimum dengan kuasa tarikan berteraskan Quran. Namun yang paling menarik ia memberikan hujah-hujah yang mampu menarik masyarakat kita agar lebih mencintai Quran.

Entah kenapa hati saya memilih buku ini untuk dibeli, rupa-rupanya ia banyak menyentuh tentang potensi diri serta cara untuk mencapai kejayaan sejati di dunia dan di akhirat.

Di samping itu saya juga berkesempatan untuk membaca beberapa buah buku motivasi lain. Seronoknya bila berkesempatan untuk mengikut segala keinginan hati, moga segala ilmu yang diperolehi akan mampu membantu saya menghasilkan sesuatu untuk ummah.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kesan Perang Gaza

Muscat Festival 2016

'Ammi atau Fushah?