Siapa Sepatutnya Pakar Ilmu Agama?

Fenomena yang berlaku dalam masyarakat hari ini ialah melihat ilmu agama cuma sebagai ilmu pelengkap saja, bukannya ilmu asas yang seharusnya dimiliki oleh setiap orang Islam. Sebab itu kita dapat melihat ramai umat Islam hari ini tidak berminat untuk mendalami ilmu agama ini sebelum mendalami ilmu-ilmu lain.

Fenomena ini berlaku dimana-mana saja, malah para ulama sendiri menggalakkan anak-anak mereka menceburi bidang yang mampu memberikan pendapatan lumayan pada hari ini. Kemampuan memiliki anak-anak yang bergelar jurutera, doktor, saintis, akauntan, pakar komputer dan lain-lain jawatan hebat hari ini dibangga-banggakan. Dalam masa yang sama ibubapa yang mempunyai anak-anak yang belajar bidang agama seolah-olah tiada nilainya dalam dunia hari ini. Inilah yang dinamakan untuk kemaslahatan ummah...kerana anak-anak mempelajari bidang yang amat diperlukan pada hari ini.

Malah ibubapa yang mampu bermenantukan jurutera, doktor, akauntan dan lain-lain jawatan hebat juga dianggap hebat. Jika tidak memiliki anak sendiri yang belajar bidang tersebut dapat menantupun jadilah...sekurang-kurangnya dapat berbangga dengan jawatan tersebut, serta pendapatan yang besar.

Keadaan hari ini tidak lagi seperti masyarakat dulu yang amat berbangga apabila bermenantukan ustaz. Hari ini status 'ustaz' tidak lagi dipandang tinggi, mengapa?

Sayangnya ilmu-ilmu agama yang dimiliki oleh ulama tidak dapat diperturunkan kepada anak-anak sendiri seperti yang berlaku dalam masyarakat Islam lampau. Maka hilanglah ilmu sedikit demi sedikit...

Tidak salah jika dikatakan bahawa orang Islam akan kembali mencari agama apabila terasa kekosongan yang tak boleh diubati dengan usaha-usaha lain. Begitulah hakikat umat Islam hari ini yang berlaku dimana-mana negara Islam timur dan barat. Kesannya kita dapat lihat di negara kita sekarang dimana wujudnya pelbagai ilmu tarekat, tenaga dalam dan sebagainya yang dikatakan mampu membantu meredakan masalah orang-orang sebegini.

"Ilmu agama untuk dihayati", selagi tiada penghayatan agama selagi itulah akan berlaku banyak masalah sosial dalam masyarakat. Selagi umat Islam mengagungkan bidang lain, makin jauhlah umat Islam daripada agama.

Begitu juga sekiranya ibubapa menggalakkan anak-anak belajar dengan harapan untuk mendapat pekerjaan hebat kemudian hari, maka itulah hasilnya. Anak-anak mampu berjaya dalam urusan duniawi tapi memiliki kekosongan dalaman yang sukar dicari ubatnya.

Jadi sekiranya kita ingin mencari salah, kita boleh dapatinya dimana-mana. Malah kita lebih suka menyalahkan kaedah dan teknik pengajaran agama, yang dilihat tidak mampu menggalakkan pelajar menyukai matapelajaran ini. Jika kita lihat masyarakat Islam lampau tidak memiliki teknik yang hebat, tapi masih mampu mendidik anak-anak menyukai ilmu tersebut. Ini kerana perspektif masyarakat yang memandang tinggi ilmu-ilmu agama berbanding masyarakat hari ini.

Selagi kita memandang rendah kepada ilmu agama, selama itulah kita membunuh ilmu ini secara perlahan-lahan. Adakah anak-anak berminat nak mendalami ilmu yang tidak dihormati? Nak menyebut sebagai cita-cita masa hadapan pun akan digelakkan oleh kawan-kawan, jadi siapalah yang inginkan ilmu ini?

Teringat juga ketika masuk darjah satu dulu, apabila diajukan soalan "Apakah cita-cita anda?" Memang banyak jawapan termasuklah tukang jahit, tukang rumah, nelayan dan lain-lain, apapun jenis pekerjaan yang disebut tiada siapa yang mentertawakan. Akan tetapi dalam kelas hari ini apabila pelajar menyebut pekerjaan yang tidak dipandang tinggi dalam masyarakat seperti pelukis, ustaz, mereka akan ditertawakan oleh kawan-kawan.

Jadi siapakah yang sepatutnya menjadi pakar dalam ilmu agama?
Bagi saya sepatutnya bidang agama dipelajari oleh pelajar-pelajar yang bijak dalam pelajaran, bukannya pelajar yang tidak dapat melanjutkan pelajaran dalam bidang lain. Ini kerana ilmu ini juga memerlukan kebijaksanaan yang tinggi bukan sekadar kemampuan menghafal semata-mata.

Satu-satunya pelajar terbaik SPM Malaysia yang amat saya kagumi ialah Wan Emilin Wan Mohd Ali kerana beliau sanggup memilih bidang IRKH di UIA sebagai bidang pengajian beliau. Kemudian beliau menyambung MA dalam bidang keperpustakawanan. Saya amat berharap agar beliau mampu menghasilkan sesuatu ilmu yang hebat, kerana kebijaksanaan beliau.

Moga masih ada pelajar terbaik lain yang berminat untuk mendalami ilmu agama, agar kita mampu melihat ilmu ini dihargai sebagaimana ilmu-ilmu lain. Juga ilmu ini difahami dalam ertikata yang sebenar. Ini kerana terdapat begitu banyak ilmu-ilmu agama yang tidak dijelaskan secara sepatutnya oleh cerdik-pandai kita kerana masalah tertentu.

Moga suatu hari, umat Islam dapat melihat kepentingan ilmu ini serta meletakkannya sebaris dengan ilmu-ilmu lain.


Ulasan

normi/ummu ameen berkata…
saya pun ada ramai kawan yang otak bijak tahap tah apa2, tapi tetap memilih untuk menghafaz alquran.2 org shbt yg sgt saya kagumi, dua2 di sekolah aliran sains,SPM 9A1.memilih utk hafaz quran,jd pelajar terbaik DQ.habis DQ dpt tawaran UIA engineering tp memilih utk ambil quran sunnah selepas istikhoroh.semuanya krn untuk menjadi a'limah dlm bidang agama.....
aliza berkata…
Bagus lah begitu, moga ramai yg tampil memperjuangkan agama.
Memang bidang Quran Sunnah tidak ramai pelajar yg meminatinya.
Semasa zaman akak dulu senang sangat nak register sbb memang kelas tak pernah penuh. Ia berlainan dgn Fiqh, yg mana pelajar terpaksa berebut-rebut untuk belajarnya.
Moga ramai lagi yg terbuka mata untuk memilih bidang agama sebagai bidang pengajian mereka.

Catatan popular daripada blog ini

Kesan Perang Gaza

'Ammi atau Fushah?

Muscat Festival 2016