Kurang Pandai berblogging...

Alhamdulillah, bersyukur kerana berkesempatan untuk mencoret sesuatu disini, walaupun kadang-kadang kurang memuaskan hati orang yang membacanya.

Dah kurang daripada dua bulan kita akan bertemu Ramadhan kembali, dan kemudian Syawal akan menjelma.

Syawal tahun ini akan genaplah dua tahun saya berblogging, tapi sampai sekarang saya masih belum mempraktikkan sepenuhnya. Apa yang saya tahu cuma menulis dan mengepos di blog ini, nak edit templatepun cuma tahu sikit2 aje.

Bila berkesempatan mengunjungi blog kawan-kawan yang seronok berkawan melalui blog, saya melihat itulah kekurangan saya, tidak pandai berkawan melalui blog. Namun begitu hati saya ikhlas ingin bersahabat dengan sesiapa sahaja yang sudi berkawan kerana Allah Taala.

Apatah lagi ingin berblogging untuk mendapat duit, mungkin itu tak termasuk ke dalam agenda saya sekarang. Nak buat macammana.... Selalunya saya seronok membaca tulisan blogger yang memberitahu mereka mendapat duit hasil blogging, itu rezeki mereka hasil kerja keras mereka, alhamdulillah.

Jadi saya memohon maaf kepada sesiapa yang membaca tulisan saya, jika ada tersinggung dengan bahasa yang saya gunakan (belajar BM pun 20 tahun lalu), sememangnya saya lemah dalam penulisan, untuk berpuisi jauh sekali. 

Di sini juga saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi berkawan dengan saya (followers) walaupun saya belum pernah menghantar mesej kepada anda, kadang-kadang komenpun mengambil masa yang lama untuk dijawab.

Terasa betullah saya tergolong ke dalam Generasi X, komputer dan internet bukanlah satu unsur penting dalam kehidupan saya. 

Moga suatu masa nanti saya mampu menjadi seperti orang-orang yang hebat berblogging dan berkongsi ilmu seperti anda.  


Ulasan

Srikandi berkata…
salam k.Aliza...tak per..perlahan-lahan..semoga terus berblogging :)

Catatan popular daripada blog ini

Alam Bermusim

Tujuan Belajar Khat

Surat Rasulullah SAW kepada Raja Oman