Masih Belum Reda...
Alhamdulillah keadaan di Tunisia sudah semakin reda ekoran pembentukan kabinet sementara yang baru, sebelum pilihanraya umum dua bulan lagi.. Sekarang tumpuan diberi untuk mendedahkan ketidakadilan politik yang berlaku selama ini. Pada masa sekarang, laporan menunjukkan kerajaan memberi pampasan wang kepada rakyat yang meninggal dan cedera semasa revolusi dua minggu lepas. Bilangan rakyat yang meninggal (lebih kurang seratus orang) dan tercedera tidaklah terlalu ramai untuk sebuah revolusi yang mampu meruntuhkan sebuah pimpinan diktator. Moga Allah memberikan sebaik-baik balasan buat mereka. Siaran TV Tunisia kembali menayangkan cerita-cerita seperti biasa, serta mengurangkan siaran langsung perbincangan pakar2 tentang ketidakadilan pemerintah dalam semua bidang, yang ditayangkan setiap hari semenjak kejatuhan pemimpin yang diguling. Namun begitu suasana di Mesir semakin meruncing, rakyat semakin tegas dengan keinginan mereka untuk menggu...