Selepas Tunisia, Mesir mencuba...

Sudah beberapa hari siaran TV memfokuskan kepada tunjuk perasaan yang berlaku di Mesir, hari ini juga ada laporan tentang 'Jumaat Ghodob' ataupun 'Jumaat kemarahan rakyat', yang mana dijangkakan sejuta rakyat Mesir akan berhimpun menunjukkan perasaan marah mereka kepada kerajaan pimpinan Hosni Mubarak. Akan tetapi setakat laporan petang tadi lebih kurang 40 ribu rakyat berhimpun.

Namun begitu, pimpinan disana bagai sudah dapat menjangka apa yang akan berlaku, hasilnya internet tidak dapat dilayari, malah laporan langsung TV juga terganggu. Jadi boleh dikatakan keinginan rakyat Mesir mestilah betul-betul datang daripada hati yang kuat, tanpa bantuan luar,tidak seperti revolusi di Tunisia. Apakah mereka mampu? 

Jika diikutkan fakta, penyelewengan politik di Mesir lebih teruk daripada Tunisia, tapi memontum kebangkitan rakyat Mesir sekali-sekala, tidak seperti kebangkitan rakyat Tunisia, yang mana mereka memulakan sehingga berjaya.

Bila menonton tunjuk perasaan di Mesir, banyak laporan menunjukkan penunjuk perasaan solat berjemaah bersama-sama, yang mana ia jelas menunjukkan kaitan kebangkitan tersebut dengan Islam. Ia amat berbeza daripada Tunisia, yang mana kebangkitan mereka atas dasar nasionalism.

Ini kerana ramai cerdik-pandai agama Tunisia terpaksa berada diluar negara serta menjadi pendengar dari jauh. Itulah ujian yang terpaksa dihadapi oleh pendokong parti Nahdah di Tunisia, satu-satunya parti berasaskan perjuangan Islam. Ramai yang terpaksa menjadi pelarian apabila negara tersebut enggan mengeluarkan ataupun memperbaharui pasport mereka. Itulah taktik untuk menekan pejuang Islam Tunisia.  

Alhamdulillah revolusi tersebut berjaya mengubah kezaliman yang sudah lebih 20 tahun dilakukan terhadap pejuang Islam. Sudah terdengar ada yang berjaya mendapat kembali pasport negara Tunisia setelah lebih 20 tahun berada diluar negeri serta mendapat kerakyatan negara lain. Moga revolusi ini juga mampu menyelesaikan masalah lebih ramai lagi pejuang Islam Tunisia yang berada dipelbagai negara, termasuklah di Malaysia.

Apabila Allah ingin mengubah suatu takdir, tiada siapa yang mampu menghalangnya. Moga umat Islam mampu meletakkan Islam ditempat yang sepatutnya dengan memilih pemimpin yang jujur dan ikhlas berkhidmat untuk negara.

Moga umat Islam Mesir juga mencapai apa yang mereka cita-citakan...


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Alam Bermusim

Tujuan Belajar Khat

Surat Rasulullah SAW kepada Raja Oman