Macam-macam Cerita

Tahun baru...cerita baru....sejarah baru....
Macam-macam cerita semasa untuk diikuti dalam tahun baru ini...walaupun ia agak lama dibincangkan akan tetapi segala penentuan akan ditetapkan pada tahun ini.

Cerita Sudan...apakah Sudan akan terbahagi dua kepada Sudan Utara dan Sudan Selatan? Sudah beberapa bulan kerajaan Sudan sibuk dengan penentuan kerajaan mereka, apakah umat Islam di Sudan akan dibahagi kepada dua negara yang berbeza? Saya masih tertunggu-tunggu keputusan akhir...moga Allah menyelamatkan mereka daripada permainan politik antarabangsa.

Bila bercerita tentang Sudan, bersambung pula kepada kuasa terhadap air di Sungai Nil, yang mana Mesir juga terpaksa menanggung akibatnya. Jika Sudan terbahagi dua, maka banyak lah cerita-cerita sensasi baru yang akan muncul. Apakah umat Islam akan berperang kerana air?

Dalam kesibukan menunggu penentuan kerajaan Sudan, tiba-tiba kita dikejutkan dengan cerita Umat Islam di Tunisia yang bangkit menentang kerajaan Ben Ali. Tunjuk perasaan tanpa dirancang tersebut berlangsung semenjak 17 Disember 2010 sehinggalah malam tadi Presiden Ben Ali terpaksa melarikan diri keluar daripada Tunis serta menyerahkan kuasa sementara kepada Ketua Menteri, Mohammed Ghonuchi. 

Bila saya membaca berita mutakhir berita harian, dilaporkan bahawa Presiden Ben Ali meletak jawatan, namun hakikatnya beliau terpaksa melarikan diri kerana tidak sanggup menghadapi kebangkitan rakyat menentang kezaliman, penyalahgunaan kuasa serta masalah kenaikan harga barang dan pengangguran yang melampau disana. 

Macam-macam cerita berlaku, akan tetapi saya berasa tertarik dengan apa yang berlaku di Tunisia, krisis yang dimulakan oleh seorang pemuda, akhirnya akan mengubah sejarah disana. Tunjuk perasaan tanpa spanduk besar, hanya kertas-kertas kecil yang dibawa oleh orang perseorangan, akan tetapi mampu memaksa Presiden melarikan diri.

Bak kata seorang Professor malam tadi, "sepatutnya presiden bersama-sama dengan rakyat dalam apa juga keadaan, bak seorang kapten kapal, jika kapal akan karam kapten akan karam bersama-sama dengan penumpang kapal, akan tetapi presiden mereka bertindak melarikan diri meninggalkan rakyat dalam keadaan huru-hara, apakah orang sebegitu patut dikekalkan sebagai presiden?".

Realitinya rakyat Tunisia sudah lama tertekan dengan pentadbiran Ben Ali, segala tekanan tersebut diluahkan balik oleh rakyat setelah lebih 20 tahun didiamkan. Bayangkan ramai rakyat Tunisia terpaksa menjadi pelarian di negara lain kerana keadaan politik yang teruk, wanita-wanita tidak dibenarkan bertudung, ramai dipenjarakan tanpa sebab yang kukuh serta tanpa dibicarakan. Pendek kata bila rakyat dah bangkit, semua pihak perlu akur dengan pilihan mereka.

Rakyat Mesir juga mengadakan tunjuk perasaan kerana tidak bersetuju dengan presiden mereka, akan tetapi mereka masih belum begitu kuat untuk menukar kerajaan.

Apakah tahun 2011 bakal merubah sejarah politik negara-negara Arab? Sama-samalah kita doakan agar Allah mengurniakan yang terbaik untuk umat Islam diseluruh dunia.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Alam Bermusim

Tujuan Belajar Khat

Surat Rasulullah SAW kepada Raja Oman