Pasang Surut Air Laut....

Alhamdulillah...
Sekadar ingin berkongsi pengalaman berjalan-jalan disini sambil menikmati pasang surut air laut. Alhamdulillah kami berkesempatan melawat Pantai Sawadi dua kali pada tahun lepas, sekali pada musim panas dan terbaru minggu lepas. 

Gambar dibawah ketika menunggu untuk melihat matahari keluar, ketika itu masih ada sedikit air diantara pantai dan pulau tersebut.
 Lihatlah air laut yang surut ketika kami berjalan ke pulau tersebut. Ingatkan dekat, rupa-rupanya agak jauh juga, alhamdulillah seronok berjalan ke situ walaupun pemandu bot memujuk kami agar naik bot ke situ melalui arah bersebelahan.


Anak-anak begitu bersemangat untuk berjalan ke pulau tersebut sambil membawa peralatan menyelam masing-masing. Akhirnya tak dapat menyelam kerana paras air yang begitu rendah. 

Alhamdulillah kami sempat menikmati keunikan pantai ini, iaitu pasang surut air dipantainya. Bila air surut pelawat boleh berjalan kaki ke sebuah pulau berhampiran, akan tetapi bila air pasang ia akan menjadi sebuah pulau yang dikelilingi air yang agak dalam.
 Solah begitu seronok kerana dia merupakan orang yang pertama berjaya melepasi paras air yang sudah sampai ke dada beliau ketika kami berjalan kaki balik ke pantai Sawadi semula. Itulah pengalaman yang amat bermakna buat anak-anak.
Manakala ini pula suasana pantai tersebut ketika kami ke sana pada musim panas tahun lepas. Ketika itu kami menaiki bot yang menghantar kami ke situ untuk menyelam disekitar pulau tersebut, kemudian dijemput untuk balik ke pantai pada sebelah petangnya.


Gambar pantai Sawadi dari atas puncak pulau tersebut. Ketika itu air pasang..pemandangan yang amat menarik dari atas pulau melihat ke tanah besar.
 Inilah suasana didepan pulau tersebut, anak-anak begitu seronok berenang dan menyelam melihat pelbagai jenis ikan, ketam, sempat juga terserempak dengan penyu yang berenang-renang disitu.


Burj yang terletak pada tempat tertinggi dipulau tersebut. Dari situ kami dapat melihat pemandangan menarik disekitar pulau yang dikelilingi air pasang.
Sampai sekarang kami masih belum dapat memahami pasang-surut air laut dipantai Oman. Kadang-kadang bila ke pantai air pasang, seronoklah dapat berenang dan menyelam sambil melihat ikan-ikan yang pelbagai jenis.

Bila berkunjung pada minggu seterusnya kami dapati air surut, ketika itu rasa seronok berkurangan sebab bila air surut agak keruh serta kurang menarik. 

Namun begitu kami tetap memilih untuk mengunjungi pantai sambil menikmati keindahan kejadian Allah swt. Subhanallah...


 

Ulasan

Srikandi berkata…
Assalamualaikum...

subhanaAllah..cantik nye.
teringin nak pergi ke tmpt mcm tu, tp lom ade rezeki lg hihi..

Catatan popular daripada blog ini

Alam Bermusim

Tujuan Belajar Khat

Surat Rasulullah SAW kepada Raja Oman