Jangan Mengecilkan Kebolehan Anak-anak

Kami jarang bercerita dengan anak-anak berkaitan politik, kerana memikirkan banyak perkara negatif berkaitan politik semasa. Malah saya selalu menganggap bahawa mereka tidak tahu apa-apa tentang isu-isu politik yang ditayangkan diTV.

Sehari dua ni kami suami isteri rancak mengikuti perkembangan politik Tunisia. Tiba-tiba anak lelaki sulung bertanya: Apa berlaku pada Zainul Abidin? Barulah saya tahu bahawa dia juga teringin untuk mengetahui apa yang berlaku pada Presiden Tunisia. Malah dia mengetahui nama penuh presiden tersebut, Zainul Abidin Ben Ali. 

Kemudian anak lelaki kedua bertanya: mengapa orang lain pula yang bercakap, mana pergi Ketua Menteri Pertama, Muhammad Ghanouchi? Saya berkata, Ghanouchi menjadi pemangku presiden sekejap saja, tak sampaipun 8 jam sekarang sudah ditukar kepada ketua parlimen untuk memangku jawatan presiden Tunisia. "laa...sekejapnya dia jadi presiden" ujarnya lagi.

Ayahnya bergurau dengan si kecil "jom kita pergi Tunisia" dia menjawab: "kan kat sana berperang, macammana kita nak pergi?" Revolusi dianggapnya sebagai perang...ini kerana dia cuma melihat laporan dimana polis memukul dan mengejar penunjuk perasaan disitu, serta beberapa buah kereta terbakar.

Sebenarnya anak-anak boleh memahami apa yang kita ikuti walaupun mereka tidak mengikuti sepenuhnya laporan tersebut. Malah jika diceritakan mereka akan dapat faham apa yang berlaku cuma kita yang selalu menganggap bahawa waktunya belum sesuai untuk kita bincangkan topik tersebut dengan mereka.

Rupa-rupanya anak-anak juga berminat untuk mengetahui cerita lanjut tentang politik Tunisia, yang mana kurang diketahui oleh rakyat negara lain.

Apakah revolusi yang berlaku kali ini bakal mengubah perancang kami sekeluarga? Moga Allah menetapkan yang terbaik buat kami sekeluarga.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kesan Perang Gaza

Muscat Festival 2016

'Ammi atau Fushah?