Oman Berpesta Lagi

Semalam bermula 'Mahrajan Muscat 2011' yang mana akan berlangsung selama sebulan. Acara tahunan ini seperti biasa memuatkan pelbagai program yang menarik. Cuma kita mestilah tahu memilih apa yang sesuai untuk diikuti.

Disebabkan anak-anak masih dalam cuti, tanpa apa-apa program, maka kami mengambil keputusan untuk menghadiri acara pembukaan Mahrajan kali ini...apa yang paling seronok bagi saya ialah pameran kraf daripada negara-negara luar Oman, yang mana ada diselitkan seni khat bagi negara tersebut.

Biasanya ketika program sebegini, saya dapat bertemu dengan rakan lain dari Malaysia. Begitu juga malam tadi, sempat bertemu beberapa orang rakan senegara alhamdulillah.

Maka, langit Oman sekali lagi akan dihiasi dengan dentuman mercun, serta pertunjukan laser selepas pertandingan mercun antara negara yang berlangsung bulan Disember lepas. 

Memang terasa kemeriahan sambutan 40 tahun kemerdekaan Oman, disambung pula dengan Mahrajan Muscat...banyak jugalah duit yang dibazirkan untuk menjayakan program sebegini. 

Apa nak dikata...begitulah cara mereka ingin memperkenalkan negara ini kepada dunia luar, setelah lama mengamalkan dasar tertutup ketika Oman dibawah pemerintahan ayahanda Sultan Qaboos.

Walaupun banyak program pesta, ada juga program penerangan tentang hubungan negara-negara Arab dengan China, serta sedikit-sebanyak informasi tentang penyebaran Islam yang berjaya dimainkan oleh umat Islam terdahulu.   


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kesan Perang Gaza

Muscat Festival 2016

'Ammi atau Fushah?