Balik Kampung

Alhamdulillah akhirnya sempat juga menulis di sini walaupun sudah berhari-hari mencuba untuk menulis. Masalahnya line internet kat sini sangat perlahan dan terputus-putus, jadi terpaksa bersabar lah dengan keadaan ini. Adalah hikmahnya tu...

Alhamdulillah beberapa hari berada di kampung amat seronok, terutama apabila melihat kehijauan pepohon. Memanglah terlalu jauh bezanya... hanya orang yang pernah mengalaminya akan terasa keadaan ini. Jadi sepatutnya kita bersyukur dengan nikmat yang diberikan Allah kepada kita di Malaysia.

Teringat setiap kali perjalanan pergi dan balik bercuti kami selalu bertemu dengan orang Oman yang datang bercuti di Malaysia. Mereka menyatakan betapa seronok berada di Malaysia, malah beberapa orang yang pernah saya temui memiliki rumah sendiri di sini. Mereka selalu menghabiskan masa cuti mereka berbulan-bulan di Malaysia, ada yang datang tiga kali setahun serta pelbagai lagi. Memang cemburu juga bila mendengar orang luar datang 3 kali setahun sedangkan kami cuma dapat pulang setahun sekali.

Apa-apapun kami bersyukur kerana semenjak berada di Oman kami berpeluang untuk berada lebih lama di kampung halaman. Banyak bezanya daripada semasa bekerja di Kuala Lumpur, yang mana paling lamapun kami cuma mampu bercuti 10 hari dikampung. Itulah hikmahnya...

Insya Allah ada banyak perkongsian dari sini, terutama kisah perkembangan bandaraya Islam Kota Bharu, yang ternyata jauh bezanya daripada zaman saya belajar di Maahad 20 tahun dulu.





Ulasan

suriummah berkata…
Salam taarruf, nama saya Noorwahida Binti Daud @ Arifin. Orang Besut, Terengganu. Usia genap 28 semalam. Anak dah empat. Kerjaya utama, surirumah. Maaf, baru berkesempatan masuk blog puan. Dari dalam hati ini - suka sangat sebab dapat berkenalan dengan seorang surirumah jg.
Naa..a berkata…
za, bestnya berapa lama duk kampung tu.. sekarang di KB dah banyak berbeza, wpun nah selalu balik jarang ke kb sebak sesak sangat. anyway happy holiday la.. cuti-cuti malaysia deh.

Catatan popular daripada blog ini

Alam Bermusim

Tujuan Belajar Khat

Surat Rasulullah SAW kepada Raja Oman