Menulis Hilangkan Stress

Alhamdulillah pagi ini terbaca satu artikel tentang penulisan yang boleh dijadikan terapi kepada sesiapa yang amat suka berfikir. Memang kadang-kadang kita tidak sedar bahawa kita asyik berfikir tentang perkara yang sama, yang sebenarnya satu penyakit yang boleh diubati jika kita tahu caranya.

Memang mudah untuk memperkatakannya, tetapi amat sukar untuk melakukannya, apatah lagi untuk meluahkan segala-gala isihati kita. Sememangnya itulah kelebihan yang boleh kita dapati daripada seseorang yang suka menulis. Kadang-kadang kita tertanya-tanya 'bagaimana dia mampu kelihatan gembira sepanjang masa?'. Sebenarnya dia juga menghadapi masalah dan tekanan akan tetapi dia tahu bagaimana cara menghilangkan ketegangan tersebut.

Usaha yang pertama ialah BERUBAH, kita perlu berubah dengan meluahkan segala masalah yang kita hadapi, sama ada dengan mengadu kepada Yang Maha Esa, meluahkan kepada seseorang yang boleh dipercayai ataupun menulis. Pilihlah yang paling senang untuk kita lakukan...

Kadang-kadang pemikiran kita sarat dengan pelbagai masalah dan pengalaman harian kita, banyaknya idea bersimpang-siur, yang mana jika tidak mampu ditangani dengan baik akan menyusahkan kita kemudian hari. Jika tidak tahu menguruskan dengan baik juga akan menyebabkan kita tertekan dengan perkara-perkara kecil sedangkan punca masalahnya adalah berbeza. Jadi apa salahnya kita belajar meluahkannya...

Cara yang terbaik ialah:
1. Menulis segala apa yang terlintas dalam kepala kita ketika itu sebagai satu jurnal hidup kita. Luahkanlah segala-gala masalah, apa yang difikirkan dan apa yang terfikir sebagai kita ingin membuang sampah sarap hari ini. Muntahkanlah ia sehabis-habisnya tanpa memikirkan susunan ayat dan perkataan yang kita gunakan. Dari situ anda akan belajar memahami corak pemikiran diri sendiri.

Apabila segala sampah sarap yang ada diluahkan, fikiran kita akan lebih tenang dan bersih. Hasilnya kita akan mampu memiliki satu corak pemikiran dari hati yang bersih. Ketika itu lihatlah hasilnya...serta bersyukurlah.

2. Ada orang apabila memang pen saja, terus terlintas idea untuk menulis, maka tulislah sesuatu untuk tatapan kemudian hari. Boleh dimulakan dengan "Apa Masalah Saya?". Ia sama juga dengan teknik menulis tesis yang mana kita bermula dengan masalah 'statement of problem'. Bila dah mampu menggariskan apa masalahnya, bolehlah dicari penyelesainya. Sekiranya kita tidak tahu apa masalah kita, bagaimana kita nak menyelesaikannya?

Apabila dah banyak senarai masalah kita, carilah 'apakah masalah saya yang sebenar-benarnya? Kemudian cubalah mencari jawapan kepada permasalahan tersebut. Cubalah teruskan usaha ini sehingga anda tiba kepada jawapan yang sebenar-benarnya kepada masalah tersebut. Percayalah kepada perasaan anda serta dengarlah daripada hati anda. Ketika itu anda akan merasa lebih tenang. Ia lebih baik daripada terus berfikir tanpa meluahkannya diatas kertas/komputer.

3. Kita boleh juga mengamalkan tips ini:
a. Tuliskan 3 perkara yang dipelajari ini ini.
b. tuliskan 3 perkara yang mampu kita ubah hari ini.
c. tuliskan 3 perkara yang menggembirakan saya hari ini.
Sebaik-baiknya kita lakukan sebelum tidur setiap malam, kerana ia membuatkan kita berasa bersyukur, yakin dan gembira dengan apa yang berlaku kepada kita pada hari tersebut.
Kita boleh juga menggunakan teknik ini ketika kita kecewa ataupun fikiran tengah berserabut. jadikanlah menulis sebagai satu teknik menghilangkan stress dan tekanan harian kita. Insya Allah hari-hari seterusnya kita akan lebih ceria, tenang dan bersemangat.

Bilakah anda mula menulis jurnal hidup anda? Apakah tips dan teknik yang anda gunakan? Moga teknik anda mampu mengubah hidup anda ke arah yang lebih baik.

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Entah kenapa hari ini asyik terbaca tentang tajuk ini. Perbincangan tentang menulis ni juga dapat anda baca di http://blogs.iium.edu.my/rina_ariff dgn tajuk "Healing Journal Something to Share".
Moga dapat menambahkan maklumat anda tentang 'menulis sebagai terapi'.
Normi Hj Mat Yusof berkata…
ya...menulis memang satu terapi yg amat baik. saya pun ada blog khas utk menulis apa yg terbuku di hati....sedih,stress atau impian2 yg belum tercapai.
alhamdulillah,dulu di DQ saya boleh menulis + buat sajak sampai org menangis. tapi, sekarang mcm tak leh dah.....kretiviti dah tumpul kot...sb lama tak guna...kikiki.
mantan berkata…
Aliza, Suatu pendapat yang menarik. Saya setuju. Menulis memang melegakan. Tewrapi mudah yang boleh lakukan.

Catatan popular daripada blog ini

Alam Bermusim

Tujuan Belajar Khat

Ilmu Allah itu Sangat Luas