Apa yang Kita Cari di Sini?

Saya selalu terfikir apakah yang aku cari disini? Menghabiskan masa berblogging, membaca di sana sini, apakah ia memberi makna kepada hidupku ataupun ia cuma menjadi satu sebab untukku menghabiskan masa setiap hari.

Apakah ia begitu bererti sekali kepada diri ini? Apakah ia satu-satunya cara untuk aku meluahkan isihati? Ataupun aku telah berjaya dipengaruhi oleh teknologi ini?

Memang ramai yang telah berjaya ditarik oleh teknologi ini, begitu juga ramai yang telah mampu menghimpun kekayaan hasil daripada teknologi ini. Namun begitu apakah kita mendapat kepuasan hakiki? Apakah kita betul-betul beroleh ketenangan dengan menghabiskan masa disini?

Jawapannya terdapat dalam diri kita, fikirlah sedalam-dalamnya, apakah faedah positif yang mampu kita perolehi disini? Pastikan juga bahawa kita mampu membuat sesuatu dari sini. Juga pastikan ia tidak menjadi tempat untuk kita menghabiskan masa tanpa berbuat sesuatu yang berfaedah.

Peringatan buat diri, isilah masa lapangmu dengan melakukan perkara yang berfaedah, yang mampu memberi manfaat dikemudian hari.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Alam Bermusim

Tujuan Belajar Khat

Surat Rasulullah SAW kepada Raja Oman