Selepas Setahun Perang Gaza

Hari ini genap setahun perang Gaza berlaku, apakah kita masih mengingati peristiwa yang amat menyayat hati itu? Peristiwa yang banyak meninggalkan pengajaran buat umat Islam seluruh dunia.

Hari ini banyak laporan tentang kesan perang tersebut kepada umat Islam di Gaza, apatah lagi ia bertepatan pula dengan 10 Muharram, hari yang disambut secara besar-besaran oleh orang Syiah, bersempena pembunuhan Saidina Hussin, cucu Rasulullah saw.

Setelah setahun berlalu umat Islam Gaza masih lagi menderita, kepungan ke atas mereka tidak dimansuhkan. Sekarang masuk tahun ke empat mereka menderita, penderitaan yang tidak pernah kita rasai tapi amat berat buat umat Islam yang masih teguh mempertahankan tanahair mereka.

Semalam umat Islam di Nablus, Tebing Barat diserang oleh orang-orang Israel, ramai yang syahid termasuklah yang dibunuh dihadapan mata isteri yang sarat mengandung. Sesungguhnya askar Israel mengganas tidak kira masa, apa yang umat Islam Palestin ada hanyalah semangat dan doa.

Memang sedih bila melihat laporan kekejaman yang dilakukan, umat Islam Palestin hanya bersenjatakan batu-batu, sedangkan mereka mempunyai kelengkapan yang sempurna. 

Begitu juga laporan tentang mangsa perang Gaza yang masih lagi menderita, malah ramai yang masih belum pulih sepenuhnya daripada kesan perang yang sudah setahun berlalu.

Apakah yang telah kita lakukan setakat ini? Apakah kita cuma teringat ketika ia berlaku dahulu kemudian kita kembali lupa. Banyakkanlah berdoa agar Allah memberi kemenangan kepada saudara kita disana. Gaza sentiasa dihati.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kesan Perang Gaza

'Ammi atau Fushah?

Muscat Festival 2016