Indahnya Ciptaan Allah


Inilah anak-anak saya, sedang meneroka kawasan pantai Bustan yang selalu kami kunjungi. Kali ini mereka lebih suka bermain didaratan sebab cuaca yang agak sejuk sekarang, mereka sudah tidak mampu berenang lama-lama dalam air. Jadi haluan diubah untuk mendaki bukit yang terletak dipantai tersebut serta memerhati keindahan dan keunikan ciptaan Allah.


Ini pula pemandangan pantai Marjan dekat Ras Al-Hamra.
Anak-anak berjalan melintasi kawasan tinggi untuk ke bahagian hujung yang amat cantik. Dihujung kawasan tersebut mereka berpeluang berenang sambil melihat penyu berenang.


Ini pula kawasan pantai Marjan apabila air surut, anak-anak seronok melihat "kunfuz al-bahr" (kalau tak silap landak laut). Memang seronok bila berpeluang melihat keajaiban ciptaan Allah yang jarang kita temui ditanahair sendiri.


Ini pula bentuk batuan yang menganjur ke laut di Pantai Bustan. Yang uniknya batu-batu tersebut seolah-olah disambung dengan unsur lain berwarna putih. Biasanya apabila garisan putih yang menyambung antara batuan tersebut hancur, maka batu-batu tersebut akan jatuh kebawah dalam saiz yang agak besar. Garisan-garisan dalam gambar dibawah adalah batu putih macam gam yang menyambungkan ikatan batu tersebut.


Alhamdulillah kami berpeluang menikmati keindahan alam semulajadi di samping berfikir tentang kehebatan ciptaan Ilahi. Sesungguhnya terdapat pelbagai perkara yang tidak mampu difahami oleh aqal kita, namun begitu bersyukurlah.

Inilah diantara tempat kami menghabiskan cuti hujung minggu. Nak kemana lagi jika bukan "shaatii" dan "hadiqah". Alhamdulillah 'ala kulli hal.

Kebetulan cikgu di sekolah mereka meminta gambar bentuk batu-batuan dipantai Oman, jadi inilah diantara gambar yang disertakan, hasil kerja mereka adalah pengalaman mingguan kami di tepi pantai.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Alam Bermusim

Tujuan Belajar Khat

Surat Rasulullah SAW kepada Raja Oman