Barangan Kitar Semula

Sekadar berkongsi idea yang diperolehi daripada program ibu-ibu di sekolah hari ini.

Dalam program tersebut ibu-ibu diberi idea bagaimana membantu anak-anak membuat aktiviti dengan menggunakan barangan yang lama dan tidak diperlukan lagi. Seronok juga melihat pelbagai produk hasil barang buangan, yang ada diantaranya tidak pernah kita fikirkan.

Sebenarnya program tersebut adalah untuk memberi kesedaran tentang keperluan mengitar semula barangan disekeliling kita. Ia akan lebih berjaya sekiranya kita memberi pendedahan lebih awal kepada kanak-kanak.

Begitu juga penggunaan barangan kimia ditukarkan kepada barangan daripada alam semulajadi, seperti pewangi tandas digantikan dengan bunga-bungaan seperti raihanah, lavender dan lain-lain. Ia bukan sahaja mewangikan rumah kita secara semulajadi, malah membantu kita menjaga kesihatan ahli keluarga kita.

Alhamdulillah kaum ibu diberi pelbagai pendedahan dalam usaha membantu anak-anak disekolah. Ini adalah usaha untuk menambah kemahiran berfikir dikalangan kanak-kanak. Jadi ibu-ibu yang diajar dahulu, manakala hasilnya terpaksalah kita tunggu nanti.

Semoga anak-anak saya berminat untuk membuat aktiviti ini memandangkan setiap hari mereka sibuk dengan program ciptaan mereka sendiri.  

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kesan Perang Gaza

Muscat Festival 2016

'Ammi atau Fushah?