Selesaikan Masalah

Semenjak balik  ke Oman dua bulan lepas, saya tidak berkesempatan untuk berinternet, sama  ada untuk berinteraksi ataupun untuk berkongsi idea.

Dua bulan yang begitu menguji kekuatan diri saya, pada mulanya kesibukan kerja rumah menjadikan saya memilih untuk menangguhkan sebentar proses memasukkan internet  ke rumah. Segala tumpuan dialihkan untuk menyelesaikan tugas-tugas dirumah yang memerlukan perhatian, serta membaca kembali buku-buku dalam simpanan.

Namun begitu selepas tiga minggu, kami cuba mendapatkan semula talian internet yang ditamatkan sebelum bercuti. Kali ini kami ingin mencuba perkhidmatan daripada syarikat telekomunikasi lain, yang diwar-warkan lebih hebat daripada syarikat yang kami langgani dulu. 

Namun begitu kami tidak bernasib baik dalam pilihan ini, daripada akhir bulan September hinggalah semalam, pelbagai masalah talian timbul. Ia betul-betul menguji kesabaran saya.

Alhamdulillah semalam masalah utama berjaya diatasi,  setelah wakil syarikat tersebut datang sendiri membetulkan kesilapan tersebut, yang merupakan kesilapan teknikal sahaja.

Berbagai pengajaran yang saya perolehi kali ini, yang mana saya anggap sebagai satu peluang untuk saya kembali menilai diri, kembali memikirkan yang mana penting dan yang mana utama dalam kehidupan saya disini.

Ia juga mengajar saya, sehebat manapun usaha yang kita lakukan untuk menyelesaikan  sesuatu masalah, jika Allah tidak menentukan jalan penyelesaiannya, ia akan tetap tergantung dan tidak selesai. DIA lah yang menetapkan segala-gala yang terbaik buat kita.

Begitu juga apabila masalah tersebut berpunca daripada luar, jauh daripada jangkauan kita, banyakkan bersabar insya Allah segalanya akan berakhir secara positif.
   

Ulasan

zanafahmi berkata…
Assalammualaikum, alhamdulillah semua dah selesai ye. Puan Aliza tak guna broadband?
Bagus juga kalau mcm tu, luangkan masa utk perkara lain yg lebih utama. Kekadang benda penting kita terlepas pandang kan?
Aliza berkata…
Terima kasih Zana atas feedback.
Alhamdulillah skrg dah selesai semua, boleh lah luangkan masa berkongsi idea2 kat kepala ni.

Skrg ni guna broadband tp home broadband, sistem yg company tu baru perkenalkan, tu yg susah nak selesaikan masalah sekadar dlm talian telefon. Bila dtg rumah dan tengok sendiri, barulah mereka akui kesilapan teknik.

Alhamdulillah 'ala kulli hal.

Catatan popular daripada blog ini

Alam Bermusim

Tujuan Belajar Khat

Ilmu Allah itu Sangat Luas