Kisah di Perantauan

Anak rantau akan sentiasa rindukan kampung halaman, namun demi tugas dan tanggungjawab, kadang-kadang kita terpaksa berada jauh daripada keluarga dan rakan taulan. Apakah itu suratan hidup kita ataupun ia suatu pilihan yang boleh diubah? Bagi yang memilih untuk berada jauh daripada keluarga, mereka memang tidak kisahkan keadaan tersebut, namun bagi yang berada jauh kerana terpaksa, ia akan memberi kesan hebat kepada diri insan tersebut.

Perkara paling utama yang perlu ada dalam diri kita apabila kita memilih untuk berada jauh diperantauan adalah keikhlasan dan keredhaan, walau apapun dugaan yang mendatang kita akan harungi dengan penuh kekuatan. Kita mestilah menjadi insan yang kuat dari segenap segi, tali pergantungan kepada Allah mestilah mantap dan teguh.

Namun kadang-kadang kita tidak boleh lari daripada perasaan rindukan kampung halaman, rindukan teman-teman lama, teman sepermainan semasa kecil, tapi apakan daya, ketetapan yang kita pilih menghalang kita daripada segala kesukaan kita. Terutama bagi surirumah yang terpaksa mengikuti suami bertugas diluar negara, ia adalah satu keputusan yang berat namun demi menunaikan tanggungjawab sebagai isteri, susah payahpun kita terpaksa harungi.

Bila berpeluang bercerita dengan jiran-jiran dari pelbagai negara, maka terbongkarlah kisah-kisah diperantauan yang agak menyayat hati. Bukan mudah untuk berada ditempat orang, apatah lagi satu tempat baru, dengan masyarakat dan adat yang berlainan dengan kita, walau sehebat manapun perancangan kita namun ketentuanNya tiada siapa yang tahu. Setiap kali bercerita tentang perantauan, maka insan yang menerima kesan yang paling kuat adalah surirumah.

Seorang kawan menceritakan kisah beliau berada di Arab Saudi, selama hampir dua tahun beliau tidak mempunyai teman, yang ada hanyalah suami dan anak beliau, hidup seolah-olah berada dalam penjara hinggakan beliau mengalami penyakit kulit yang teruk, kesan tekanan perasaan. Malah doktor menasihatkan beliau supaya berpindah ke tempat lain atau pulang ke negara beliau. Tidak dapat saya bayangkan keadaan beliau ketika itu, namun itu semua adalah ujian kepada surirumah yang boleh diatasi sekiranya kita menemui teknik yang sesuai dengan kita.

Kawan lain pula bercerita, setelah 12 tahun berada diluar negara, tiba-tiba suami berubah hati, ada hubungan dengan perempuan lain, betapa hancur luluh hati beliau, kepada siapa nak mengadu. Ada yang menangis menceritakan kisah berada diluar negara, kisah pendidikan anak-anak yang tak kesampaian kerana kekurangan wang, kemudian diikuti masalah suami yang jadi pemabuk, anak-anak yang tidak mendengar nasihat dan pelbagai lagi. Sebenarnya banyak kisah diperantauan yang melibatkan surirumah yang boleh menjadi panduan kepada kita. Berkongsilah pendapat anda, atau luahan hati anda agar kita dapat menyediakan satu panduan lengkap kepada surirumah yang berada di perantauan.

Ulasan

Mai berkata…
Sebaik-baiknya sebelum menjejakkan kaki ketempat baru, surveylah diinternet masjid yg terdekat dgn bakal tempat tinggal kita.Ikatan sesama muslim akan semakin kukuh dan banyak yg kita akan belajar dari mereka yg dah lama menetap disana.
Mai berkata…
After nearly 10yrs in Middle East,then a sudden move to Brisbane,never occured to me that so much I hv to learn bt alhamdulillah the people I mixed with is very helpful so the journey ahead has been lighten up.
Tanpa Nama berkata…
alTerima kasih atas pendapat yg diberikan,alhamdulillah bagi yang tahu bahasa Inggeris biasanya tak menghadapi masalah, campak ke manapun boleh hidup dalam situasi hari ini, yg penting peramah dan tahu bawa diri. Problemnya bagi yg tak memahami bahasa lain, nak berkenalan pun macam ayam dan itik, masing2 tak faham. Walaubagaimanapun hati memainkan peranan penting dalam menyatukan hati kita, itu fitrah yg dijadikan Allah kepada kita. Hati yg mengasihi orang lain akan dikasihi juga.

Catatan popular daripada blog ini

Kesan Perang Gaza

'Ammi atau Fushah?

Muscat Festival 2016