Prihatinkah kita?

Hari ini dah masuk hari ke3 umat Islam di Gaza diserang oleh puak Yahudi. Berbagai laporan secara langsung disiarkan dalam TV, terutama Al-Jazeera dan Al-Alam. Begitu tragis sekali peristiwa yang berlaku kepada mereka. Umat Islam di Gaza memang mendapat ujian yang begitu hebat, namun kekuatan mereka mempertahankan tanahair mereka tidak dapat dipertikaikan.

Sebelum ini mereka terpaksa hidup susah tanpa makanan yang mencukupi dan tanpa bekalan eletrik dan air bersih kerana dikepung pihak Israel. Sekarang diserang dengan kereta kebal, helikopter yang begitu banyak sedangkan umat Islam Palestine tidak bersenjata. Begitu hebat cubaan yang Allah berikan kepada mereka. Namun ketabahan mereka cukup mengharukan. Tidak dapat digambarkan kesedihan mereka, tahap penyerahan mereka kepada Allah ketika berdoa kepada Allah, terasa menusuk ke jiwa kita yg menonton. Cuba bayangkan sekiranya kita yang duduk ditempat mereka sekarang, kita yang terpaksa menghadapi segala kesusahan tersebut, mampukah kita? Begitu juga ketika mereka merayu bantuan daripada umat Islam lain, apakah kita cuma mampu menonton tanpa berbuat sesuatu.

Sememangnya Israel bersikap angkuh kerana kesatuan Arab tidak berkata apa-apa, termasuklah jiran mereka Mesir yang menutup pintu masuk ke Gaza. Dimana-mana kita lihat tunjuk perasaan umat Islam atas kekejaman ini, bermula di Yaman, Libya dan Lebanon, hari ini umat Islam dibeberapa tempat lain turut berbuat demikian.

Kerajaan Mesir secara terang-terangan menyatakan mereka tidak suka melihat wujudnya sebuah kerajaan Islam sebagai jiran mereka. Itulah punca utama mereka tidak ingin membantu umat Islam Gaza yang dikuasai oleh pihak Hamas. Jadi inikah kerajaan tempat umat Islam dari seluruh dunia datang untuk menuntut ilmu agama? Beginikah sifat kerajaan yang amat terkenal didunia sebagai pusat pendidikan agama Islam.

Hari ini ramai umat Islam Mesir keluar menyatakan bantahan mereka, menuntut pintu Gaza dibuka sebelum ramai lagi umat Islam Palestin menjadi korban. Ini termasuklah seruan Syeikh Hassan Nasrollah yang mengajak seluruh umat Islam Mesir supaya menyertai tunjuk perasaan dengan kata beliau "Marilah Umat Islam Mesir, keluarlah sejuta orang berhimpun dijalan-jalan raya kerana tidak mungkin kerajaan mampu membunuh semua yg menyertai tunjuk perasaan tersebut"

Jadi inilah situasi tanah Arab sekarang sedangkan para pemimpin Persatuan Negara-negara Teluk sedang bermesyuarat di Muscat, Oman. Apakah ada resolusi berkenaan Gaza, sama-samalah kita nantikan. Sama-samalah kita berdoa semoga Allah memberi pertolongan kepada Umat Islam Gaza yang teraniaya.

Namun yang amat pedih, bila melihat kesedihan dan kepiluan wanita-wanita yang kehilangan ahli keluarga, bila menonton aksi seorang wanita menangis dan meratap kepada Allah, terbayang difikiran saya keadaan Khaulah binti Tsalabah, seorang sahabat yang bermohon kepada Allah agar dijelaskan tentang kes zihar yang berlaku kepadanya sebagaimana yang digambarkan dalam hadis. Begitulah tahap doa mereka, doa dengan sepenuh hati dengan harapan Allah membuka hati orang lain untuk menolong mereka.

Bila menonton tentang perang Palestin ini, anak saya mula bertanya "Mengapa Allah tak menolong mereka?". Jawapannya memang telah dijelaskan oleh Nabi Muhammad SAW dalam satu hadis iaitu pada suatu ketika nanti orang-orang Yahudi tidak mampu lagi berlawan dengan orang-orang Islam, dengan bantuan Allah maka segala batu-batu,pokok-pokok akan bercakap "ini orang Yahudi dibelakangku, kemari bunuhlah mereka" kecuali pohon Gharqad" Oleh sebab itu dikatakan orang Yahudi banyak menanam pokok-pokok ini di sekitar mereka.

Inilah yang berlaku pada awal tahun 1430H. Peristiwa bersejarah dan berdarah sebagai panduan untuk kita yang masih diberi peluang oleh Allah untuk terus mengatur langkah dibumi ini. Moga-moga peristiwa ini memberi petunjuk dan peringatan kepada semua umat Islam agar memasukkan agenda agama ke dalam azam tahun baru mereka. Sekurang-kurangnya berdoa untuk keamanan umat Islam walau dimana mereka berada.

Bagi kita yang masih mampu tersenyum riang dan bergembira dengan kehidupan kita, bersyukurlah...ingatlah kepedihan hidup umat Islam lain.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kesan Perang Gaza

'Ammi atau Fushah?

Muscat Festival 2016