Menjaga pandangan

Setiap ibubapa mengharapkan anak-anak mereka menjadi anak yg soleh, anak yg mengamalkan ajaran agama kita. Namun begitu kita kurang didedahkan dengan pendidikan menjaga pandangan. Selama beberapa lama bergaul dan kemudian berada di dalam masyarakat Arab, saya dapati satu amalan mereka yg tidak dipraktikkan dalam masyarakat kita ialah menjaga pandangan.

Dalam Surah Al-Nur ayat 30 dan 31, Allah SWT menyebutkan tentang menjaga pandangan sebagai peringatan kepada lelaki dan perempuan yang beriman dalam firmanNya yg bermaksud:
"Katakanlah kepada laki-laki yg beriman: Hendaklah mereka menahan pandangan mereka .... " dalam ayat 31 Allah SWT berfirman "dan katakanlah kepada wanita yg beriman: hendaklah mereka menahan pandangan mereka...."

Rasulullah SAW juga banyak bersabda mengenai perkara ini, diantaranya hadis yg bermaksud: "Sesungguhnya kita disuruh meminta keizinan untuk melihat"

Mengapa menjaga pandangan penting? Apakah kelebihannya? Apakah kesan tidak menjaga pandangan?
Sememangnya menjaga pandangan penting, terutama untuk menjaga iman kita kerana jika tersilap pandang, dan kita terpandang perkara mungkar ia akan menyebabkan dosa mata. Sekiranya anak-anak kita tidak diberitahu tentang pentingnya menjaga pandangan semenjak dari kecil, mereka akan membesar dalam keadaan yg tidak tahu bahawa pandangan itu mesti dijaga.

Bukan senang nak menjaga mata, terutama anak-anak lelaki, sekiranya tidak dilatih sedari kecil amat susah untuk mereka mempraktikkannya. Sekiranya kita ingat pepatah kita "Dari mata turun ke hati", kita akan tahu akibat tidak menjaga mata, kita amat senang jatuh cinta dan terlibat dalam hubungan bebas.

Dari mata juga timbulnya pendapat cantik atau buruk sesuatu perkara, kurangnya kita melihat perkara yg tidak perlu akan menjadikan mata kita lebih terjaga. Jadi benarlah ajaran Islam yg menganjurkan umatnya menjaga pandangan, kerana bila pandangan dijaga, anak-anak dilatih melihat yg elok sahaja, yg lelaki mengelakkan daripada memandang wanita dan begitulah sebaliknya, maka mereka akan terjaga daripada terlibat dengan "cinta monyet", dan dapat juga mengelakkan orang yg kecewa dalam bercinta.

Apabila kita tidak diajar menjaga pandangan, bila berkunjung ke rumah orang mata mereka akan liar memandang sana sini, yg kadangkala menyebabkan tuan rumah terasa hati. Bila dah bebas memandang maka mulutpun akan senang mengata dan mengumpat orang lain, sedangkan sifat tersebut dikeji dalam Islam.

Bila mata tak dijaga, lepas tu mulut pula tersenyum tak tentu pasal, kita akan menyebabkan orang lain terasa hati, ini akan memburukkan hubungan sesama insan. Jadi jagalah mata anda sepanjang masa, gunakanlah ia untuk melihat perkara-perkara yg perlu saja terutama melihat ayat-ayat al-Quran yang tersusun cantik, agar kita mendapat keberkatan dari Allah SWT.

Sesungguhnya ajaran Islam amat cantik jika diamati dan diamalkan sepenuhnya kerana ia akan memberikan kita ketenangan, dan mengelakkan kita dari terlibat dengan dosa.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Alam Bermusim

Tujuan Belajar Khat

Surat Rasulullah SAW kepada Raja Oman