Pendidikan Anak-anak: Jangan Ambil Mudah

Mendidik anak-anak adalah tugas berat yang perlu dilakukan oleh setiap ibubapa, kerana kita akan disoal oleh Allah swt diakhirat nanti. Apakah kita telah menyempurnakan didikan tersebut atau kita cuma memberi makan minum sahaja. Ini kerana ramai ibubapa yang mampu memberi makan-minum dan tempat tinggal tetapi tidak mampu memberi didikan kepada anak-anak mereka.

Pendidikan adalah makanan rohani anak-anak kita, sekiranya ia dijaga rapi maka anak-anak kita akan mampu mengekalkan fitrah mereka sebagai hamba Allah, seterusnya mereka akan mampu membawa diri mereka mengikut acuan Islam walau dimana mereka berada. Pendidikan amat berkait rapat dengan menjaga pemakanan anak-anak kita. Sekiranya kita mampu mengendalikannya secara bersama, maka anak-anak kita akan mampu mendapat pendidikan yang mantap dalam hidup mereka. Pemakanan akan membentuk sifat-sifat anak-anak kita, kerana ia akan menjadi darah daging mereka, manakala didikan yg mantap akan menguatkan jatidiri mereka.

Apakah bentuk pendidikan yang kita berikan kepada anak-anak hendaklah difikirkan kembali. Apakah ia memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Allah dalam firmannya
"وما خلقت الجن والأنس إلا ليعبدون"
yang bermaksud:
"Dan tidak aku jadikan jin dan manusia selain untuk beribadat kepadaKu"

Kita hendaklah sentiasa ingat bahawa pendidikan anak-anak yang paling utama adalah pendidikan aqidah, iaitu menanam aqidah yang betul dalam diri anak-anak agar mereka membesar dalam keadaan sedar tentang tugas dan tanggungjawab mereka hidup didunia ini. Inilah tugas utama wanita sebagai ibu yang dikatakan "guru pertama" dalam hidup anak-anak.

Tugas membentuk anak-anak mengikut ajaran Islam ini tidak boleh dilepaskan kepada orang lain, sama ada nenek, pengasuh atau pembantu rumah kecuali dalam keadaan terdesak. Jadi walau bagaimana sibuk sekalipun, setiap ibu mestilah memainkan peranan ini kerana kegagalan anak-anak menunjukkan kegagalan ibu mendidik mereka.

Sekalipun anak-anak kita diletakkan ditempat jagaan yang hebat namun ibu tetap menjadi guru utama anak-anak. Jadi sama-samalah kita memainkan peranan penting ini agar anak-anak kita mampu menjadi insan contoh kepada orang Islam yg lain. Janganlah kita ambil mudah dalam mendidik, pelajarilah ilmu-ilmu keibubapaan yang sesuai dengan zaman ini, agar anak-anak kita bahagia dalam hidup mereka.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kesan Perang Gaza

Muscat Festival 2016

'Ammi atau Fushah?