Ucapan pengumuman

Pada tengah malam tadi berlangsungnya pengumuman Olimert tentang keputusan yang diambil mereka untuk menghentikan serangan terhadap Gaza. Gencatan senjata sebelah pihak itu akan bermula pukul 3 pagi waktu Makkah. Alhamdulillah betul lah apa yang diberitakan sebelum ini. Tindakan sebelah pihak ini disambut dengan berbagai persoalan oleh pihak Hamas.

Ini kerana Israel tidak akan mengundurkan tenteranya buat masa sekarang dan akan mengundurkannya dalam perancangan lain. Apakah pengumuman ini akan dipatuhi mereka ataupun ia akan jadi seperti "masa bertenang 3 jam setiap hari" yang selalu dicabuli oleh tentera mereka?

Olimert dengan bangganya mengumumkan bahawa mereka telah mencapai kemenangan dalam perang tersebut. Beliau juga memberitahu bahawa Hamas mendapat tekanan yang teruk dalam semua serangan yang dilakukan dan berjaya dilumpuhkan.

Tapi apa yang dijelaskan Olimert dalam ucapan tersebut disangkal oleh pimpinan dan kesemua kumpulan pejuang Palestin, termasuklah wartawan Israel yang ragu-ragu tentang pengumuman tersebut. Malah pejuang Palestin memberitahu bahawa mereka melancarkan peluru berpandu ke dalam kawasan Israel sebagai sambutan terhadap permulaan ucapan Olimert tersebut.

Malah ucapan tersebut juga menunjukkan bahawa Olimert cuba mengelabui mata penduduk dunia, dengan menjelaskan bahawa Hamas lah punca segala serangan terhadap orang awam dilakukan. Tentera Hamas berselindung dipenempatan orang awam dan berpakaian awam. Itulah hujah yang diucapkan dari dulu lagi untuk menutup segala kezaliman mereka.

Kelakarnya ucapan tersebut, yang ternyata memberi kelebihan hanya kepada mereka. Ia disifatkan oleh salah seorang pimpinan pejuang di Gaza sebagai sama dengan plot filem Hindi. Ini kerana endingnya selalu tidak mengambilkira jalan cerita yang berlaku. Jadi pihak Hamas menyatakan bahawa mereka mesti berhati-hati kerana segala kemungkinan boleh berlaku dalam masa sekarang.

Israel yang digambarkan terlalu ingin menghentikan serangan tersebut terpaksa mencari jalan jauh dengan menandatangani perjanjian dengan Condolezza Rice yang akan berhenti beberapa hari lagi. Sememangnya Rice akan menandatanganinya kerana ia tidak memberi erti apa-apa setelah Barack Obama mengambilalih tampuk pemerintahan US.

Terasa seronok pula mengikuti percaturan politik ni setelah lama meninggalkan medan ini. Lama betul saya melupakan bidang ini yang dipilih sebagai bidang minor semasa di UIA dulu.

Ulasan

aliza berkata…
Alhamdulillah, Israel dah mengundurkan tenteranya keluar dari Gaza walaupun masih pada peringkat permulaan. Mereka dengan bangganya menganggap bahawa mereka memenangi peperangan ini.

Namun para penganalisis strategi peperangan menganggap Israel kalah, kerana Hamas masih mampu mengangkat kepala dan masih mampu meneruskan perjuangan mereka. Malah Hamas kini diterima di seluruh dunia. Inikah tafsiran Olimert bahawa Hamas ditekan habis-habisan?

Penduduk Israel dilaporkan terkejut dengan serangan Hamas sejurus ucapan Olimert bermula. mereka tertanya-tanya inikah kemenangan yang diistiharkan oleh presiden mereka?

Begitulah natijah peperangan ini yang dianggap menyamai natijah perang di Lubnan 2006.

Catatan popular daripada blog ini

Kesan Perang Gaza

'Ammi atau Fushah?

Muscat Festival 2016