"Skill" Orang Islam

"Orang Islam mempunyai skill untuk mempengaruhi orang lain".
Inilah diantara ungkapan yang amat memberi kesan dan membuatkan saya terfikir-fikir mengenainya. Betul ke kita mempunyai skill itu? Apakah skill tersebut? Serta pelbagai persoalan lain timbul.

Akhirnya saya menemui jawapannya, sememangnya orang Islam yang mengamalkan ajaran Islam secara menyeluruh mempunyai skill ini. Malah skill inilah yang sepatutnya ada dalam diri setiap Muslim, yang mengaku beriman kepada Allah dan RasulNYA.

Menyorot sirah Rasulullah SAW, memang nyata skill yang dimiliki oleh baginda dan para sahabat baginda, begitu juga ketika zaman Tabien dan selepas mereka. Namun skill ini semakin berkurang sehinggalah pada zaman ini, skill orang-orang barat pula yang menjadi contoh kepada kita.

Sebenarnya skill tersebut terhasil daripada sifat-sifat mulia yang dimiliki oleh mereka. Ia meliputi penjagaan masa, hubungan sesama manusia, pengurusan dan lain-lain lagi. Ini menyebabkan orang mudah menerima dakwah yang dibawa oleh umat Islam terdahulu. Malah hari inipun Islam tersebar lebih luas di barat kerana kesan skill yang dimiliki oleh umat Islam yang tinggal disana.

Jadi ungkapan ini sebenarnya mempunyai pengertian yang amat luas. Umat Islam yang betul-betul menghayati ajaran Islam berpandukan Al-Quran dan Al-Sunnah sememangnya telah mempunyai pelbagai skill yang hebat, yang tidak mampu dijelaskan oleh pakar motivasi barat. Malah para surirumah juga diajar skill yang hebat untuk mengurus rumahtangga dengan berkesan, menjaga hubungan dengan suami dan anak-anak. Dari mana kita boleh dapatkan kesemua skill ini jika tidak merujuk kepada al-Quran dan Sunnah, serta amalan para sahabah.

Namun hari ini kita banyak disogokkan dengan cara orang-orang barat menjalin hubungan, sehingga kita merasakan "skill" ini semua tidak sesuai lagi dengan kehidupan moden kita. Maka kita mula mencari-cari panduan-panduan dan tip-tip yang diperkenalkan oleh pemikir-pemikir barat, tanpa menyedari bahawa penerangan mereka kosong dari segi pengisian rohani. Malah ramai yang mempraktikkannya, tanpa menyedari lama-kelamaan ia semakin menjauhkan kita dari ajaran agama yang suci ini.

Sememangnya ajaran Islam mampu memberikan segala kebaikan yang kita ingini tanpa kita sedari. Percaya atau tidak segala skill ini telah menjadi darah daging kita, terutama bagi mereka yang menjaga ibadat-ibadat umum dan khusus. Malah ia menjadi kelebihan kepada kita dalam mempengaruhi orang-orang disekitar kita. Fikir-fikirkanlah...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kesan Perang Gaza

Muscat Festival 2016

'Ammi atau Fushah?