Israel Paling tidak Bertamadun

Selama mengikuti perkembangan perang di Gaza setiap hari, pelbagai liputan menyayat hati dan memilukan berlaku, menyebabkan saya terfikir beginikah sikap manusia yang bertamadun, manusia yang dicanang sebagai paling hebat di zaman ini, semua orang gerun mendengarnya.

Namun hakikatnya merekalah yang paling kuno, tidak bertamadun, walaupun mereka menggunakan pelbagai senjata canggih dan hebat. Memang benar segala ungkapan dan gambaran yang diceritakan oleh Allah SWT didalam Al-Quran, itulah sikap Yahudi tidak berubah sedikitpun.

Mengapa saya mengatakan mereka kuno? Ini kerana bila membaca Sirah Rasulullah SAW mengenai peperangan yang berlaku diantara umat Islam dan orang-orang Quraisy, saya dapati mereka lebih bertamadun, mereka mempunyai undang-undang tertentu yang mesti diikuti semasa berperang, bukan main serang je.

Diantara undang-undang ketika itu, perang tidak boleh berlaku dalam bulan-bulan haram iaitu bulan-bulan Dhul kaedah, Dhul Hijjah, Muharram dan Rejab. Undang-undang ini diterimapakai oleh orang-orang kafir pada zaman Rasulullah SAW dan selepasnya. Ini dijelaskan didalam Al-Quran, tapi apa yang berlaku hari ini Israel menyerang umat Islam Gaza dalam bulan ini.

Begitu juga kaedah peperangan zaman dulu adalah untuk menunjukkan siapa yang kuat, peperangan dimulakan dengan perlawanan satu lawan satu sehinggalah akhirnya perang bermula, tapi Israel pengecut, tidak ada istilah perlawanan pahlawan mereka, semuanya berselindung disebalik kereta kebal.

Setiap kali perang perkara yang mesti diingati ialah tidak boleh membunuh wanita, kanak-kanak dan orang-orang tua, tapi Israel tidak mematuhi semua ini. Mereka ingin dilihat sebagai jaguh dengan membunuh kaum yang lemah ini, itu menunjukkan betapa dayusnya mereka. Yang paling sedih bila menonton wanita-wanita yang seolah-olah dah tidak ada hala tuju, di mana ingin mencari perlindungan kerana semua tempat tidak selamat, tentera-tentera Israel akan menyerang dimana-mana sahaja.

Apakah yang akan berlaku selepas ini? Apakah bentuk-bentuk kekejaman yang akan mereka lakukan lagi, hanya Allah yang mengetahui. Maka sama-samalah kita berdoa agar Allah menyelamatkan umat Islam di Gaza dan dimana-mana saja, berdoa agar Allah menyatukan hati-hati umat Islam agar berusaha mempertahankan kalimah Allah di bumi ini. Amin.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Alam Bermusim

Tujuan Belajar Khat

Ilmu Allah itu Sangat Luas