Seminggu Berlalu...

Hari ini Jumaat...selepas seminggu berlalu kisah revolusi di Tunisia, namun masih hangat dibicarakan di TV. Selama seminggu jugalah saya tertanya-tanya 'apakah kejadian ini bakal mengubah segala perancangan kami selama ini?. 

Sesungguhnya peristiwa tersebut mampu menjadi titik mula kepada banyak keputusan tergantung, keputusan yang bertahun-tahun tidak dapat diambil kerana masalah yang berlapis-lapis. Hanya Allah yang lebih mengetahui...

Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa saya mengambilberat tentang apa yang berlaku di Tunisia? Apakah kaitannya dengan kehidupan kami?

Saya hanya mampu berdoa agar apa yang berlaku disana berakhir dengan positif, agar kehidupan ramai insan yang senasib dengan suami saya akan berubah. Juga agar kehidupan wanita-wanita yang senasib dengan saya juga berubah kearah positif.

Bukan mudah untuk hidup bertemankan insan yang diuji, yang mana ujian tersebut begitu berat, yang jarang-jarang dirasai oleh insan diluar sana. Malah sukar difahami oleh orang yang mendengarnya, kerana ia jarang-jarang berlaku. Namun ia adalah biasa bagi insan yang berasal dari Tunisia.

Oleh sebab itu saya selalu mengingatkan diri... 'jika saya terasa berat bila berpisah dengan ibubapa dan keluarga, sekurang-kurangnya setahun sekali saya mampu menjenguk dan berjumpa mereka...berat lagi perasaan insan yang bertahun-tahun terputus khabar berita dengan ahli keluarga, berat lagi perasaan insan yang tidak boleh balik menjenguk ibubapa, apatah lagi untuk mendengar suara, biarpun teknologi hebat digunakan disana-sini'. 

Bila terasa lemah, saya mengingatkan diri...beginilah hidup insan yang disayangi oleh Allah, mereka diuji dan diuji...jika ujian saya berat, berat lagi ujian insan lain.

Namun saya sentiasa yakin bahawa Allah itu Maha Adil, suatu ketika DIA akan leraikan segala kekusutan itu serta anugerahkan Rahmat-Nya kepada hamba-hamba-Nya. Alhamdulillah 'ala kulli hal...

Begitulah hidup seorang pejuang... Moga kita diberi kekuatan.

Ulasan

zuraini khair berkata…
salam,
berbahagialah kita rakyat MAlaysia yg aman dari rusuhan yang membabitkan politik, tp sebenarnya kita tidak dpt lari dari rusuhan dalam diri yang mencari kebenaran, hingga terpaksa terpengaruh dengan unsur2 asing yang kian sentiasa berusaha menjatuhkan umat Islam, bagaimanapun keazaman utk hidup lahir dari akidah yg serius utk menjadi muslim sejati, moga Allah berkati....amin.
aliza berkata…
Terima kasih Aini..
Memang kita seharusnya bersyukur kerana ditanahair kita masih ada ruang utk kita bersuara.

Kita tidak seperti orang Arab yang hanya mampu membuka mulut didepan doktor gigi sahaja (bak kata pengacara program 'al-ittijah al-mua'kish', tu pun kadang doktor gigi tak mampu mengubati masalah mereka.

Janganlah kita mudah terbawa-bawa oleh perasaan...

Dan sememangnya perjuangan dalam diri sentiasa ada, hinggalah kita berjaya memahami apa kehendak hati kita, berjaya menemui 'apa tujuan hidup kita' serta berusaha melaksanakan tujuan tersebut sebaik-baiknya.

Moga kita dianugerahi ketenangan dan kesabaran dalam hidup ini. Amin.

Catatan popular daripada blog ini

Alam Bermusim

Tujuan Belajar Khat

Ilmu Allah itu Sangat Luas