Penipuan Terkini

Dalam zaman serba canggih ni, orang sanggup lakukan apa saja demi wang. Di tambah lagi bila segala urusan boleh dilakukan secara percuma dan cepat. Lepas tu boleh hantar ke seluruh dunia dengan cepat dan tepat. Inilah fenomena yang berlaku hari ini, bagi orang-orang yang dah tak ada nilai dalaman.

Dulu-dulu nak poskan sesuatu kena bayar, paling kurangpun setem 20 sen untuk satu surat, lepas tu kena beli kertas, sampul surat, baru dapat teruskan niat dihati. Lepas tu kena pergi pejabat pos untuk uruskan pengeposan tersebut. Kira banyak peringkat juga perlu dilakukan sebelum melaksanakan hajat mereka. Hari ni buka je internet, hantar je apa-apa yang diingini free, tu yang menyebabkan perkara begini berleluasa. Tambah lagi ibubapa terlalu sibuk, anak-anak bebas melakukan apa saja.

Bermacam-macam cara mereka lakukan, tiap hari ada saja e-mail menang loteri, menang cabutan microsoft bagi e-mail paling bertuah dan sebagainya. Walaupun dah limitkan akaun untuk alamat-alamat tertentu, sampai juga e-mail sebegini. Bagi yang mudah terpengaruh tu nasib la. Kadang-kadang ada orang yang saja menjawab e-mail tersebut untuk menilai sama ada betul atau salah, sanggup pula mereka menelefon ke rumah, takkah mereka fikir berapa banyak kos telefon tersebut untuk panggilan luar negara. Kelakar pulak rasanya...

Ada pula menceritakan kekayaan mereka, tapi minta bantuan kita untuk mengeluarkan duit mereka daripada bank. Bermacam-macam versi cerita disebarkan, seingat saya sejak ada akaun e-mail dari awal tahun 2000, bermacam-macam bentuk surat macam ni diterima. Malangnya orang yang menghantar tersebut kebanyakan dari negara-negara di Afrika, yang memang kita dah tahu kemiskinan mereka. Apakah mereka mengira orang lain tidak dapat menilai keadaan mereka. Tambah lagi semua e-mail tersebut mesti dirahsiakan. Ada kawan yang dah terkena dengan taktik ini beberapa tahun lepas, sempat habis beribu-ribu RM juga sebab kesian dan ingin membantu.

Terbaru ada bank-bank di Malaysia yang menghantar e-mail tentang "security alert", suruh update akaun sedangkan kita tak pernah pun ada akaun dengan bank tersebut. Nampak sangat nak menipu, tapi bagi yang ada akaun silap haribulan terkena dengan taktik mereka ni.

Inilah yang berlaku bila nilai murni dah tak ada dalam diri, kehidupan sehari-hari cuma difikirkan bagaimana untuk dapat untung mudah tanpa berusaha. Ia juga kesan kekurangan kasih sayang kerana orang yang kehilangan kasih sayang sanggup menipu, berbohong dan sebagainya untuk mendapat yang diharapkan.

Penipuan yang tidak menggunakan internetpun makin berleluasa, macam-macam cara dilakukan. Mengapa manusia jadi begini? Apakah kita tidak boleh membenteras perkara begini daripada berterusan.

Di sini, fenomena peminta sedekah yang menukar identiti diri, musim perang Lubnan menyatakan bahawa mereka wanita Lubnan, miskin dan perlukan bantuan. Bila dah berlaku perang Palestin berubah jadi wanita Palestin pula. Ini yang dilakukan oleh ramai wanita di sini (kebanyakan pendatang) untuk meminta sedekah dari rumah ke rumah. Yang canggihnya peminta sedekah ada handphone, tengah ketuk pintu rumah orang tiba-tiba handphone dalam handbag berdering, dia terkejut dan melarikan diri. Apa taknya, takkan orang miskin ada handphone.

Macam-macam lagi cara yang dilakukan oleh orang zaman ini untuk menipu. Bila iman dah tak ada dalam diri, perasaan malupun hilang, jadi mereka sanggup melakukan apa saja untuk mencapai impian mereka. Apa-apapun kita mesti berhati-hati agar tidak mudah terpedaya dengan segala penipuan ini.

Dalam masa yang sama, berikan perhatian kepada anak-anak kita agar mereka tidak mudah tertipu dengan suasana hari ini. Moga mereka dapat hidup dalam suasana yang lebih baik daripada kita.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kesan Perang Gaza

'Ammi atau Fushah?

Muscat Festival 2016