Hebatnya Iran

Semenjak Iran melancarkan satelit buatan tempatan pada 3/2/2009, pelbagai pendapat negara-negara lain dapat didengari di sana sini. Satelit buatan negara Islam ke-2 selepas Iraq melancarkannya pada 1989. Iran menempatkan nama dikalangan negara yang mampu menghantar satelit ke angkasalepas.

Hari ini pula sambutan 30 tahun Revolusi Iran, umat Islam Iran begitu bersemangat menyambutnya. Setelah 30 tahun memulakan revolusi Iran mampu bangkit menunjukkan kekuatan mereka di kalangan negara2 Islam, walaupun di kenali sebagai sebuah negara Syiah. Sememangnya mereka begitu berani bersuara ketika negara lain begitu takut.

Pelancaran satelit tersebut membuka mata negara-negara barat bahawa Iran kini memiliki teknologi yang tidak kurang hebatnya. Tidak kurang ramai juga yang merasa gerun dengan Iran. Tidak diketahui apakah tindakan yang akan diambil oleh Obama terhadap pencapaian ini. Namun begitu US tidak akan berdiam diri dengan keadaan ini, mereka akan cuba sedaya upaya untuk memastikan tiada negara Islam memiliki teknologi sehebat mereka. Begitulah orang yang cuma memikirkan kepentingan mereka, tidak sanggup melihat orang lain ke depan.

Namun begitu Iran menegaskan bahawa mereka hanya ingin menunjukkan bahawa orang Islam juga mampu mempunyai teknologi seperti barat. Begitulah yang sepatutnya kita lakukan, kita mesti memastikan bahawa kita tidak ketinggalan di belakang orang lain. Di samping itu Iran juga menjadi pengeluar utama banyak barangan keperluan harian yang diekspot ke negara-negara Teluk.

Begitulah contoh umat Islam yang mampu berdiri sendiri, walaupun terpaksa menghadapi tekanan politik negara barat. Sayangnya umat Islam tidak mampu bersatu dan menerima Iran sebagai sebahagian daripada mereka. Sebelum ini negara-negara Arab mempunyai pandangan negatif terhadap Iran, tapi hari ini ramai pimpinan Arab mengucapkan tahniah atas kejayaan Iran. Begitulah manusia, cuma tersedar bila melihat orang lain mampu melakukan pelbagai perkara hebat. Fikir-fikirkanlah...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Alam Bermusim

Tujuan Belajar Khat

Surat Rasulullah SAW kepada Raja Oman