Beza Muslim dan Yahudi

Beberapa hari ini, saya menerima banyak e-mail tentang Yahudi, diantaranya "Mengapa Yahudi Bijak?" oleh Dr. Stephen Carr Leon. Mungkin ramai yang berminat nak ikut petua-petua yang diberikan, agar dapat melahirkan anak yang bijak seperti "anak Yahudi". Bijakkah anak Yahudi? Ia menjadi persoalan yang amat perlu difikirkan semula.

Caranya tidak sususah mana, cuma memerlukan kekuatan diri si ibu untuk melaksanakannya. Sekiranya ibu tersebut seorang yang dapat melakukan amalan secara berterusan, mengamalkan amalan yang dah ada dalam Islam juga mampu menjadikan anak-anak bijak, kebijaksanaan sejati, rohani dan jasmani. Itulah yang telah diamalkan oleh ibu-ibu ulama yang telah mampu melahirkan ulama-ulama ulung dalam Islam, lebih hebat dari Yahudi.

Jadi di sini saya ingin berkongsi idea ini bersama pembaca, disamping sedikit penjelasan berpandukan ajaran agama kita. Ringkasan daripada artikel tersebut seperti di bawah:

"Penulis mengumpulkan data berkaitan pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya, kemudian dibandingkan dengan bangsa dan kaum-kaum lain.

Di antara petua yang diberikan adalah ibu mengandung akan melakukan perkara-perkara berikut:
1) sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano.
2) si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami sehingga beliau melahirkan anak.
3) pemakanan, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu, dan untuk tengah hari makanan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang.
4) merokok adalah taboo. Menurut kajian di Universiti Israel, nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA.
5) Pemakanan anak-anak amat dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever).
6) Kebanyakan mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak. Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak).
7) bermain sukan menjadi kewajiban dengan keutamaan sukan memanah, menembak dan berlari, ia dapat melatih otak memfokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.
8) Pendidikan sekolah rendah yang ditekankan adalah matematik manakala sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut. 9) Cara Ibadat orang Yahudi : Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala.

Bagi penulis, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, mungkin beberapa generasi. Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka, demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak."

Sememangnya petua ini adalah merupakan di antara faktor penting yang dapat membantu orang Yahudi mendapat anak-anak yang pintar pada pandangan penulis. Apakah kepintaran tersebut terlalu hebat, walaupun ia terlalu banyak memberi kemudaratan kepada orang lain? Sekiranya kita mengkaji secara menyeluruh kebijaksanaan Yahudi, mereka cuma bijak dari segi intelektual tapi kosong dari segi rohani. Jadi apakah kebijaksanaan ini yang perlu diteruskan ataupun kita mencipta kebijaksanaan cara lain yang lebih seimbang?

Persoalan lain ialah apakah ciri-ciri utama kebijaksanaan tersebut? Apakah umat Islam mampu melahirkan generasi yg bijak? Apakah kebijaksanaan ulama-ulama terdahulu tidak cukup untuk kita jadikan contoh bagaimana untuk mendapat anak-anak genius? Apakah amalan terbaik untuk membantu kita mendapat anak-anak yang bijak?

Bagi saya kesimpulannya ialah wanita-wanita Yahudi mengambilberat tentang kandungan mereka serta mendidik anak-anak mereka sejak dalam kandungan lagi. Mereka menjaga pemakanan ketika mengandung, menjaga pemakanan anak-anak mereka sewaktu membesar, kemudian pendidikan dan latihan berterusan diberikan ketika mereka membesar, seterusnya mereka diberi cabaran yang sepatutnya untuk membangunkan kreativiti mereka serta pelbagai lagi sifat-sifat murni yang telah ada dalam ajaran Islam. Di tambah lagi bilangan anak yang sedikit jadi mereka dapat memberikan sepenuh tumpuan kepada anak-anak mereka.

Apakah kita juga telah melaksanakan segala amalan yang perlu semasa mengandung, selepas melahirkan dan tempoh pembesaran anak-anak kita. Sekiranya wanita Islam mampu duduk bersama-sama dan mendidik anak-anak dalam erti kata yang sebenar, kita mampu melahirkan anak-anak yang lebih bijak daripada "anak Yahudi". Menjaga kandungan dengan menyanyikan ayat-ayat Allah (Al-Quran) akan mampu menerbitkan hasil yang lebih kuat, mengira-gira tasbih zikir akan lebih mantap, serta menjaga pemakanan yang halal dan bersih juga mampu membantu kita memperolehi segala impian tersebut.

Sayangnya kita termakan dengan serangan fikiran yang dilakukan oleh orang-orang barat, menyebabkan kita "tidak ada masa" untuk merasai segala kelebihan anak-anak kita. Ini kerana wanita Islam sekarang sama ada "jahil" ataupun "Sibuk dengan kerja". Kita tidak sempat melihat sudut mana yang perlu diberi perhatian dalam diri anak-anak kita. Cikgu di sekolah juga tidak dapat mencungkil bakat anak-anak kita, kerana bilangan pelajar yang terlalu ramai dalam kelas, jadi anak kita cuma menjadi "insan biasa".

Anak-anak kita membesar mengikut acuan sistem persekolahan bukan mengikut naluri dan kehebatan yang dianugerahkan oleh Allah kepada mereka. Mereka tidak sempat merasai kehebatan diri, menggunakan seluruh potensi diri mereka untuk menjadi "insan hebat". Kemudian mereka membesar dengan cara terikut-ikut keadaan sekeliling mereka kerana para ibubapa terlalu sibuk. Maka wujudlah generasi umat Islam hari ini.

Hebatnya orang Yahudi kerana melaksanakan panduan yang telah ada dalam sunnah Rasul kita, sedangkan umat Islam terkial-kial mengikut di belakang mereka dalam perkara remeh-temeh. Melalui artikel tersebut, saya dapati bahawa orang Yahudi amat konsisten dalam meyelongkar kehebatan anak-anak mereka, menyebabkan mereka mampu mendidik mereka ke arah yang lebih baik. Itulah yang sepatutnya kita lakukan kepada anak-anak kita. Sayangnya orang Islam menyangka apabila anak-anak dah boleh bawa diri (dah masuk sekolah menengah dan universiti), maka mereka dibiarkan tanpa panduan.

Jadi tidak mustahil untuk kita mendapat anak-anak yang bijak dengan syarat kita memberi lebih perhatian kepada anak-anak kita, menjaga pemakanan dan mencari kehebatan yang ada dalam diri anak-anak kita. Semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa. Fikir-fikirkanlah...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Alam Bermusim

Tujuan Belajar Khat

Surat Rasulullah SAW kepada Raja Oman