Muslim Rohinya

Beberapa hari ni, banyak laporan tentang Muslim Rohinya disiarkan di TV Al-Jazeera. Kisah kesusahan umat Islam di Arakan, Myammar menghadapi kekejaman junta tentera di situ. Memang kesian melihat keadaan mereka.

Teringat ketika mula-mula berlaku kekejaman ke atas mereka lebih kurang 20 tahun lepas, kisah tentang Rohinya ni banyak termuat dalam majalah (lupa namanya), pelbagai laporan diceritakan tapi kisah ini tidak dimuatkan dalam akhbar-akhbar harian di Malaysia. Jadi untuk mendapatkan laporan tentang Rohinya terpaksalah saya membeli majalah ni setiap bulan. Ada banyak juga la koleksi tentang penderitaan mereka.

Selepas tu, disebabkan kesibukan tugas dan susahnya untuk mendengar cerita tentang mereka ni, saya dah melupakan kisah saudara Muslim ini. Sememangnya mereka terpaksa menghadapi kekejaman kerana mereka beragama Islam, dinafikan hak untuk mempraktikkan ajaran Islam. Semua yang berlaku menyebabkan ramai yang tidak mendapat peluang belajar. Amalan Islam yang dilaksanakan pula cuma berpunca dari amalan turun-temurun. Namun begitu kekuatan mereka mempertahankan Islam sepatutnya dihargai.

Menitis air mata, bila menonton laporan kumpulan lbh kurang 500 orang sampai ke pantai Aceh, untuk mencari perlindungan, melihatkan mereka berdoa dengan cucuran airmata, berdoa agar Allah melepaskan kesusahan yang mereka hadapi di negara mereka. Bagi mereka "Biarlah mereka berada di negara Islam, supaya lebih senang untuk mereka melaksanakan amalan agama".

Ramai yang dihalau dari tanah sendiri, menyebabkan ramai yang mencari perlindungan di negara jiran. Jadi mereka menaiki kapal-kapal kecil dan belayar ke negara-negara jiran, menempuh kesusahan semata-mata ingin sampai ke suatu kawasan yang mana mereka bebas melaksanakan ajaran Islam. Betapa berat penderitaan mereka serta kesusahan yang mereka hadapi, tapi tidak ramai yang pernah mendengar berita tentang mereka.

Ramai lagi yang menjadi pelarian di Bangladesh, negara jiran serta hidup penuh kedaifan. Anak-anak tidak berbaju, terpaksa makan pucuk-pucuk yang dikutip dari kawasan sekeliling mereka. Betapa perlunya umat Islam lain mengambiltahu tentang penderitaan mereka, serta membantu kerana mereka jiran kita serta saudara seagama kita. Moga Allah menyelamatkan mereka dari kekejaman itu.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Alam Bermusim

Tujuan Belajar Khat

Ilmu Allah itu Sangat Luas