Boikot Barangan Yahudi
Alhamdulillah, seronok sikit bila mendengar berita bahawa Kerajaan Mesir telah membenarkan kenderaan bantuan memasuki Gaza. Bantuan terawal yang tiba dari Qatar, sebuah negara yang teramat prihatin tentang Palestin dan Libya telah dibenarkan memasuki Gaza. Sekurang-kurangnya ada bantuan kemanusiaan dapat sampai ke kawasan yang memerlukan bantuan. Bagi kita yang berada jauh dan tidak dapat turut sama membantu janganlah gusar, ada caranya yang boleh kita lakukan bersama-sama untuk melemahkan orang-orang Yahudi. Sama-samalah kita memboikot barangan yang dikeluarkan oleh syarikat Yahudi dan segala entitinya. Semenjak awal tahun 2000 ulama sedunia telah memutuskan bahawa umat Islam mesti memboikot barangan keluaran Yahudi dan US, dan membeli barangan keluaran negara-negara Islam. Beserta dengan itu pelbagai jenama barangan Yahudi telah dikeluarkan sebagai panduan kita, namun kita dapati ramai orang Islam yang tidak mampu mengelakkan barangan tersebut. Almaklumlah dah terlekat di fikiran, ke...