Bercakap atau Diam?
Sabda Rasulullah saw: "Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka berkata-katalah yang baik ataupun diam". Bila membaca hadis di atas, kita diingatkan agar berkata-kata dengan perkataan yang baik-baik ataupun diam. Namun begitu bila bertemu dengan orang-orang tertentu kita akan banyak bercakap. Mengapa begitu? Kadang-kadang bila kita tidak banyak bercakap orang akan menganggap kita sombong, sedangkan kita terasa tidak terasa untuk bercakap. Apakah itu salah? Apabila penyakit tidak mahu bercakap datang, kita tidak terasa ingin mengatakan apa-apa. Diam seribu bahasa, apakah ini akan menimbulkan masalah kepada kita? Seronok rasanya melihat orang bercakap, namun kadang-kadang terasa letih melihat orang yang terlalu suka bercakap. Banyaknya idea mereka... Pengalaman menghadiri perjumpaan ibu-ibu di sekolah di sini, juga semasa menghadiri pelbagai jemputan saya melihat kebanyakan wanita Arab suka bercakap. Mungkin kita tidak bercakap kerana tidak bertemu dengan orang...