Yakinkah Anda?

Saya selalu tertanya-tanya tentang tahap keyakinan diri sendiri. Semasa di Malaysia saya rasa amat yakin, tidak pernah terasa takut untuk meluahkan apa-apa pendapat. Memang semasa belajar sayalah tukang tanya lecturer, apabila kawan-kawan tidak faham. Masa tu terasa amat yakin. Malah dengan kawan-kawan pelajar antarabangsapun tak terasa takut untuk berhujah.

Tapi semenjak berada di sini, terasa bahawa tahap keyakinan diri semakin berkurangan, apakah kerana status 'surirumah' ataupun tahap keyakinan diri 'Melayu' itu yang tidak seyakin orang Arab. Apabila terasa ingin menyertai sesuatu program, seolah-olah ada suatu suara menyekat 'tak payah la', 'tak payah nak berlagak pandai' serta pelbagai lagi suara-suara negatif dari dalam diri yang menghalang.

Begitu juga anak-anak yang mengaku diri mereka orang Malaysia (kenapalah mereka tidak mengaku Arab lagi senang), terbawa-bawa dengan sikap ini. Apakah betul kami tidak berani untuk menonjolkan diri? Bagaimanakah cara untuk mengatasinya? Ada tak sesiapa boleh bantu kami?

Memang jika nak dibandingkan dengan anak-anak orang Arab, anak-anak saya agak kurang berani untuk mengemukakan pendapat, apatah lagi untuk 'volunteer' menyertai apa-apa pertandingan yang melibatkan bercakap. Malah semasa di sekolahpun itulah komen pertama yang sentiasa saya dengar daripada guru-guru mereka.

Memang mereka terbawa-bawa sifat kemelayuan melebihi sifat orang Arab, walaupun bergaul dengan pelajar-pelajar Arab. Mereka kurang berani untuk memberikan jawapan walaupun mereka tahu, sedangkan anak-anak orang Arab ramai yang berani tapi tidak tahu jawapan sebenarnya. Alhamdulillah guru-guru mereka memahami keadaan ini, dan memberi penilaian sewajarnya.

Alhamdulillah mereka semakin berani di sekolah (dah berani berlumba menjawab soalan kuiz harian semasa perhimpunan hari sekolah...kira berani dah tu). Walaupun masih belum mampu menyertai persembahan harian.

Alhamdulillah anak yang sulung sudah semakin berani memberi jawapan apabila berkunjung ke rumah orang Arab, walaupun tidak seberani anak-anak orang Arab. Masih ada lagi sifat 'malu-malu kucing' tu. Yang lain-lain masih dalam peringkat menghilangkan sifat 'teragak-agak' dan 'malu tak bertempat'.

Sememangnya anak-anak orang Arab amat 'berani ke depan', malah berani bercakap jika dibandingkan dengan kita (merendah diri). Sebab itulah bila apa-apa program diadakan anak-anak mereka berebut-rebut untuk naik ke pentas, sedangkan anak-anak saya terkial-kial 'naik ke tidak'. Malah para ibu-ibu juga berani ke depan tanpa memikirkan apa-apa masalah. Saya ni je yang tidak berani, mengapa ya?

Bila difikirkan balik, dah banyak usaha yang kami lakukan untuk mendidik mereka berani. Diantaranya ialah mengajar berenang di laut dan memberi lebih peluang bergaul dengan anak-anak orang Arab. Alhamdulillah mereka dah mampu berenang dilaut, walaupun masih belum berani ke tempat yang dalam. Memang susah untuk menghilangkan sifat-sifat ini jika tidak tahu cara yang betul.

Apakah anda juga menghadapi masalah sebegini? Bagaimanakah cara yang anda lakukan untuk mengatasinya? Sudikanlah berkongsi di sini...


Ulasan

Salam kak...

Saya sendiri pun masih lagi dibelenggu oleh masalah tidak yakin dan kurang yakin ni.. Cuma masa sahaja yang kadang memberitahu..ada tempat kita boleh ada tempat kita dalam proses nak belajar...kadang instinct kita guide kita untuk tidak terlalu menonjol diri...
aliza berkata…
Terima kasih Awin kerana berkongsi idea di sini.
Nak kata instinct pun tak tau la, tapi bila berada dalam keadaan sebegitu terasa begitu rendah diri.
Mengapa akak begitu tidak yakin? Perasaan ingin menyertai tapi tak keluar, mungkin itulah ketetapan-Nya yg terbaik utk akak. Sbg contoh; permilihan wakil ibu2 utk persatuan ibu2 di sekolah anak2, gurubesar dah anjurkan agar akak join mereka tp tak jadi, sbb akak tak yakin. Itu yg rasa susahnya.

Banyak lagilah keadaan lain yg boleh dianggap kurang yakin menyebabkan akak tak join mereka. Tapi rasanya NW2 akak ok je.

Catatan popular daripada blog ini

Alam Bermusim

Tujuan Belajar Khat

Ilmu Allah itu Sangat Luas