Sekadar Berkongsi...Bila mula mengajar anak Membaca?

Alhamdulillah saya telah menyebutkan dalam tulisan yang lepas mengenai mengajar kanak-kanak membaca apabila mereka dah beroleh kekuatan imaginasi, iaitu ketika mereka berumur lebih kurang 7 tahun.

Mengapa saya menimbulkan tajuk ini kembali? Apakah ia begitu penting dalam perkembangan emosi anak-anak?

Sebenarnya dua hari lepas semasa menonton perbincangan dalam rancangan "Al-Nafs wal Hayah", Dr. Tarek Habeeb, pakar psikologi Islam (berasaskan Islamisasi Ilmu), ada menyebutkan tentang perkara ini. Namun penjelasan beliau berkaitan dengan memupuk kasih sayang. Beliau menegaskan bahawa "tidak boleh mengajar kanak-kanak membaca sebelum berumur 7 tahun, begitu juga tidak boleh menyuruh mereka menghafal quran dan ilmu-ilmu lain".

Ini kerana pada peringkat ini sepatutnya kanak-kanak diberikan sepenuh kasih sayang, serta diberi sepenuh kebebasan untuk memiliki dan meluahkan perasaan kasih terhadap keluarga dan alam sekeliling mereka. Setelah berumur 7 tahun ajarlah apa-apa yang kita ingin ajar mereka. Bagi beliau terlalu cepat mengajar anak-anak akan menyebabkan mereka mengalami masalah psikologi apabila mereka besar nanti.

Jadi saya teringat pelbagai kisah anak-anak genius di Malaysia yang ditimpa pelbagai masalah ketika besar. Mungkin itulah masalah yang diperkatakan oleh pakar psikologi ini.

Begitulah sedikit idea beliau, yang banyak berasaskan sunnah Rasulullah.

Jadi saya terfikir, rupa-rupanya ada juga orang lain berfikiran sebegini. Apakah ini yang sepatutnya kita amalkan? Maklumlah 2 orang anak saya dah belajar sebelum 7 tahun, iaitu ketika berada di Educare UIA, ikut sistem Educare lah. Manakala 2 orang lagi agak lambat, iaitu ketika mereka masuk darjah satu. Memang ada perbezaan antara mereka.

Teringat juga ketika berbincang dengan Dr. Ulaahun (mengajar pendidikan anak-anak), beliau juga menegaskan agar kita memberi sepenuh kebebasan kepada anak-anak ketika berumur dibawah 7 tahun.

Begitu juga tentang mendidik anak-anak solat. Apabila membaca buku-buku ulama Arab, memang disebut agar mula mengajar ketika anak berumur 7 tahun. Kesemua mereka bersandarkan hadis Rasulullah "Ajarlah anak-anakmu solat ketika berumur 7 tahun...."

Di samping itu saya juga terpengaruh dengan kata-kata Saidina Ali yang membahagikan pendidikan anak-anak kepada tiga bahagian, iaitu 7 tahun pertama diberi sepenuh kasih-sayang, 7 tahun kedua didisiplinkan dan 7 tahun ketiga dijadikan kawan.

Jadi fikirlah sendiri apa yang terbaik untuk anak-anak kita. Moga kita dapat memilih cara terbaik dalam mendidik mereka untuk cemerlang dari semua sudut. Fikir-fikirkanlah....




Ulasan

aliza berkata…
Salam,
Menjawab persoalan Iza,
Memang ada beza yg jelas pd anak2 saya yang dapat membaca sebelum 7 tahun dan selepas 7 tahun.

Namun dlm masa yg sama kami memberi sepenuh kebebasan kpd mereka bermain, dan berimaginasi semasa berada dirumah.

Dua yg besar, skrg djh 5 dan 3, memang dapat membaca dan memahami perkara dengan mudah tapi mereka kurang memiliki imaginasi sendiri serta terlalu bergantung kpd kami (ibubapa) sedangkan mereka sepatutnya membuat keputusan sendiri.

Jika dilihat pencapaian dlm pelajaran dan tulisan mmg membanggakan, tulisan mmg cantik dan teratur malah selalu memenangi pertandingan khat dan mewarna disini. Ini kerana mereka telah dilatih menulis dan mewarna sejak kecil semasa di Educare.

Manakala dua yg dibawah, mmg saya biarkan tanpa diajar membaca sebelum sekolah. Yg djh 2 skrg dapat membaca dlm bulan pertama sekolah, alhamdulillah. Skrg dah dapat menulis karangan pendek dlm B.Arab.
Dia memang memiliki imaginasi yg tinggi, segala kerja rumah difikirkan sendiri serta disiapkan tanpa meminta bantuan sesiapa. Malah selalu menyiapkan pelbagai lukisan dan projek utk memenuhi masa lapang.

Yg paling kecil pula (djh 1), tak pernah belajar membaca, ambil masa 3 bulan utk belajar membaca, alhamdulillah. Memang saya risau juga pd peringkat awal sbb dia mmg tak tau apa2 semasa masuk sekolah.
Cuma kekuatan motivasi membantu dia utk berjaya.

Setiap hari dia akan cuba membaca dan menulis huruf2 yg dipelajari di sekolah, mmg dia tak boring belajar perkara sama smp dia tahu membaca.

Skrg guru-guru dia sgt bangga dgn perubahan dia, mmg nampak sgt bezanya dlm 3 bulan pertama dan skrg. kawan2 dia pun bagi komen sama, dulu dia yg paling lemah skrg dia dah jd sgt pandai.

Dua yg akhir mmg selalu ada idea, dan tidak perlu dipaksa untuk melakukan sesuatu tugasan. Mereka akan lakukan jika berminat.

Apa-apapun mereka masih kecil lagi, masih jauh lagi perjalanan hidup mereka. Saya sentiasa berdoa agar mereka mampu seimbang dlm semua sudut.

Tapi kita tidak boleh membezakan anak-anak, masing-masing memiliki kekuatan yang tidak ada pada yg lain.

Yg penting ialah bagaimana mengekalkan fitrah mereka, agar mereka mampu mengekalkan sifat-sifat murni walau dimana saja mereka berada.

Alhamdulillah 'ala kulli hal.
aliza berkata…
Salam,
Semasa berborak-borak dengan anak no.3(Emad) malam tadi dia tersebut tentang IIUM Educare, rupa-rupanya dia mampu mengingati kenangan itu walaupun masa tu umurnya baru tiga tahun.

Kenangan bersekolah di tempat lama dan baru itu mampu diceritakan dengan jelas. Masa dia berumur 3 tahun educare dibangunan lama, bila berumur 4 tahun educare berpindah ke bangunan baru, yg ada sekarang.

Barulah saya teringat bahawa Emad pernah belajar pd peringkat playschool di IIUM Educare, dah ada asas membaca, walaupun disini saya tidak mengajarnya, dia mampu mendapat segala ilmu dengan mudah alhamdulillah.

Rupa-rupanya anak lebih tahu dari emak sendiri yg dah terlupa ttg pendidikan mereka.

Memang semasa berumur 5 dan 6 thn Emad cuma habiskan masa setiap hari dengan melukis dan mewarna, macam-macam lukisan yg dihasilkan. Alhamdulillah dia berjaya mendapat tempat ke-3 pertandingan melukis utk kanak-kanak peringkat negeri Oman tahun lepas. Bangga sangatlah cikgu sekolah.

Alhamdulillah 'ala kulli hal.

Catatan popular daripada blog ini

Alam Bermusim

Tujuan Belajar Khat

Ilmu Allah itu Sangat Luas