Pos Gambar

Hari ini bila buka yahoo je terus terbaca tajuk "bad news about delete". Apa ceritanya? "No such thing as "deleted" on the Internet". Gerun juga bila membacanya, alhamdulillah saya agak terkebelakang pasal ni, jadi agak terselamat sikit.

Memang saya sudah beberapa kali menerima mesej e-mail tentang hal ni, tapi saya buat tak kisah, malah ramai juga yang buat tak kisah. Bila surf di internet memang terdapat pelbagai gambar dan aksi dipaparkan untuk tatapan umum, kadang-kadang orang yang melihat akan tergoda dengan gambar-gambar kita (kita tidak tahu hati manusia).

Bila artikel tentang perkara ini disiarkan di yahoo, ramai pula yang berkongsi pendapat. Gerun ada, takutpun ada. Bila dah diposkan ia bukan lagi milik peribadi kita, ia telah menjadi hak awam.

Seingat saya baru sekali saya poskan gambar bersama anak-anak kat satu web sosial, tapi penangannya dah agak merisaukan saya. Walaupun dah beberapa kali saya 'delete' gambar tersebut tetap timbul semula, datang dari pelbagai penjuru, ada tags la, friendster la. Memang saya tak faham mengapa ia boleh jadi begitu. Itu cuma gambar formal saja, tapi saya agak kurang setuju dengan cara pengendalian mereka.

Inilah cara orang bukan Islam melakukan kerja-kerja mereka, jadi sebagai Muslim kita hendaklah berhati-hati agar ia tidak menyusahkan kita kemudian hari. Kita tidak tahu apa matlamat mereka, jadi kita hendaklah sentiasa berjaga-jaga. Ingatlah peringatan Allah dalam surah Al-baqarah: "Sesungguhnya orang Yahudi dan Nasrani tidak akan redha dengan kita hinggalah kita mengikut jalan mereka".

Jadi sebagai peringatan buat diri sendiri dan kawan-kawan yang berblog, berpada-padalah dalam kerja kita, agar kita tidak menyesal kemudian hari. Sekiranya sesuatu perkara berlaku kepada kita, kita tidak boleh menyalahkan orang lain, kerana tangan kitalah yang melakukannya, kita yang downloadkan, kita yang menulis, jadi kita hendaklah redha dengan apa-apapun yang bakal terjadi.

Itu bab gambar dan karya kita, artikel lain pula "Windows' Secret Record of Your Internet Tracks" pula menceritakan satu perkara lain. Banyaknya aktiviti seharian kita diinternet ini direkodkan oleh mereka. Terasa memang tidak boleh lari ke mana bila kita dah masuk dunia ini. Jadi beringat-ingatlah...

Ulasan

normi berkata…
emmm....baru-baru ni pun ada bincang dgn suami ttg isu ni...berpada2 memasukkan gmbr.sblm ni pun suami selalu pesan jgn masukkan gmbr sy yg jelas,dekat dan seorang diri....alasannya,dia tak mahu org lain memandang sy. setakat yg sy tahu siapa yg join "friendster" otomatik akan disemak oleh CIA.

terinagt pulak dulu2, kalau nak kenekan ilmu hitam pd seseorang kan gunakan gmbr....masa tu selalunya gmbr peribadi org simpan.

semoga Allah memlihara kita.

Catatan popular daripada blog ini

Alam Bermusim

Tujuan Belajar Khat

Ilmu Allah itu Sangat Luas