Bercakap atau Diam?

Sabda Rasulullah saw:
"Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka berkata-katalah yang baik ataupun diam".

Bila membaca hadis di atas, kita diingatkan agar berkata-kata dengan perkataan yang baik-baik ataupun diam. Namun begitu bila bertemu dengan orang-orang tertentu kita akan banyak bercakap. Mengapa begitu?

Kadang-kadang bila kita tidak banyak bercakap orang akan menganggap kita sombong, sedangkan kita terasa tidak terasa untuk bercakap. Apakah itu salah?

Apabila penyakit tidak mahu bercakap datang, kita tidak terasa ingin mengatakan apa-apa. Diam seribu bahasa, apakah ini akan menimbulkan masalah kepada kita?

Seronok rasanya melihat orang bercakap, namun kadang-kadang terasa letih melihat orang yang terlalu suka bercakap. Banyaknya idea mereka... Pengalaman menghadiri perjumpaan ibu-ibu di sekolah di sini, juga semasa menghadiri pelbagai jemputan saya melihat kebanyakan wanita Arab suka bercakap.

Mungkin kita tidak bercakap kerana tidak bertemu dengan orang yang secocok dengan kita? Ataupun memang sikap tersebut dah menjadi tabiat kita.

Kemudian bila membaca buku-buku panduan keharmonian rumahtangga juga, ditekankan agar banyak berkomunikasi dengan pasangan. Apa akan jadi jika kita tidak suka bercakap dengan pasangan kita? Banyakkah masalah rumahtangga yang akan timbul jika kita berdiam diri? Susahnya bila memikirkan hal ini...

Kemudian kita diingatkan juga agar selalu menghubungi ibubapa, agar mereka merasa gembira dengan kita. Ini juga akan menjadi masalah bagi orang yang lebih suka diam, kerana apabila menelefon dia akan merasakan tiada apa yang boleh diceritakan.

Begitu juga apabila bertemu dengan pakar ilmu nafs ataupun kaunselor, kita disarankan agar sentiasa bercakap untuk meluahkan isihati kita. Bagi orang yang suka diam, mereka memang tidak memiliki banyak masalah, jika nak dikorek-korek juga akan keluarlah perkara-perkara yang tidak penting dan diceritakan kepada ahli yang pakar ini. Jadi apakah lebih banyak diam itu satu penyakit?

Akan tetapi apabila meneliti hadis di atas, rasanya tidak salah kita berdiam diri, malah ia lebih baik daripada bercakap perkara sia-sia. Fikir-fikirkanlah....


Ulasan

Naa..a berkata…
za kurangkan bercakap tapi banyak menulis. Sama gak. Kadang2 dengan menulis kita boleh meluahkan perasaan pada kertas atau pada blog personal yang orang tak tahu adressnya. Pada nah tu satu cara meluahkan perasaan jugak.
yang penting kan kak, kita tahu apa yang kita cakap kan...dan kita juga tahu apa kita tak perlu cakap... dan lagi...kita tahu bila masa kita nak bercakap dan bila masa diam...

yang susahnya orang yang dia nak cakap dia je yang betul..cakap orang lain dia tolak tepi...

Catatan popular daripada blog ini

Alam Bermusim

Tujuan Belajar Khat

Ilmu Allah itu Sangat Luas