Bila Surirumah Berkumpul....

Biasanya apa yang surirumah buat apabila berkumpul?
Apakah tajuk-tajuk penting yang dibincangkan?
Ada tak cerita tentang masakan dan makanan?
Ada tak cerita tentang anak-anak?
Ada tak cerita tentang suami?
Ada tak cerita tentang penampilan dan kecantikan diri?
Ada tak cerita perkembangan politik semasa?
Ada tak....memang banyak isu yang disembangkan, tapi topik perbincangan biasanya berbeza mengikut tahap keakraban persahabatan mereka.

Dimana-manapun sifat manusia tidak jauh bezanya, apabila mempunyai kesempatan untuk bersembang banyaklah tajuk-tajuk yang tak dirancang termasuk ke dalam agenda.

Malah topik-topik perbincangan agak berbeza mengikut tahap pemikiran bak kata seorang surirumah Sudan: "Mengapa surirumah Oman agak jumud, tidak membincangkan isu-isu semasa". Itu juga pengalaman saya, bila bersembang dengan surirumah Oman, kami banyak bercerita tentang tazkiyah nafs, terasa ketenangan setiap kali bertemu. Itulah cara mereka alhamdulillah.

Akan tetapi tiap kali bersembang dengan surirumah Sudan, memang kena banyak berfikir kerana mereka banyak membincangkan tentang isu-isu semasa. Boleh dikatakan setiap kali bersembang terasa tahap pemikiran kita diuji, terasa betapa mereka begitu mengambil berat tentang perkembangan dunia sekeliling mereka.

Manakala surirumah Mesir yang pernah saya temui, tidak jauh bezanya daripada surirumah Sudan, tapi diantara tajuk yang tidak pernah ketinggalan dalam perbincangan ialah penyediaan makanan. Jadi saya berpeluang juga mendapat ilmu masakan daripada mereka. Alhamdulillah.

Tapi setakat ini, kebanyakan surirumah ini tidak bercerita tentang orang lain ataupun mengumpat kerana kesemua mereka adalah isteri para pensyarah agama, alhamdulillah. Jadi setiap kali bertemu kami mampu bertukar-tukar pendapat dan berbincang tentang adat dan budaya masing-masing. Itu juga adalah ilmu yang amat mahal, susah untuk didapati ditempat lain.

Apakah yang surirumah bualkan tiap kali bertemu? Berhati-hatilah agar setiap perbincangan tidak termasuk ke dalam mengumpat dan mencela orang lain. Pastikan juga agar pertemuan itu menjadi pertemuan yang dirahmati Allah swt.


Ulasan

Anne berkata…
mmg berckp dgn housewives Sudan byk berbincang ttg current issues. Seronok juga borak dgn diaorg ni. Dgn Indians selalunya ttg masakan :-). Betul kak, kita lagi seronok bila dpt berkumpul dan TIDAK berckp mengenai org lain. Byk lagi hal2 berfaedah yg blh dibincangkan, kan? Tapi yg sedihnya, kdg2 sesama senegara lagi byk berckp2 pasal teman senegara lain - kalau yg positif tak pe jugak, ni byk yg negatif! ish!
aliza berkata…
Betul Anne, cubalah berbaik2 dgn orang yg tahu adab berkawan, tidak rugi...banyak ilmu yg kita boleh dapat.
Ann tak join org Oman ke? Mereka ni amat peramah. Kan dah blajar B.Arab di UIA, practise la bila lagi.Sekurang2nya balik M'sia nanti boleh cakap Arab berabuk. Untungnya berada di kws org Oman, akak dok kws x de ramai org Oman, so borak2 bila ziarah je

Catatan popular daripada blog ini

Alam Bermusim

Tujuan Belajar Khat

Ilmu Allah itu Sangat Luas