Persoalan Teori Personaliti
Sekadar ingin berkongsi satu ilmu yang telah saya pelajari suatu ketika dulu, moga ia menjadi satu renungan buat kita semua. Dalam mencari diri kita akan bertemu pelbagai ilmu, ada yang baik dijadikan panduan, yang buruk kita jadikan sempadan. Satu ilmu yang saya kira menarik untuk dikongsi bersama-sama disini ialah ilmu mengenal personaliti diri menurut CVT. Bila dilihat kepada penjelasannya, ia begitu menarik sekali malah ia mampu menjelaskan pelbagai perkara yang mungkin tidak pernah kita fikirkan sebelum ini. Bila direnung perjalanan untuk sampai kesitu saya telah bertemu pelbagai cara untuk mengenali personaliti diri sendiri. Betul atau tidak itu persoalan selepasnya. Walauapapun ilmu itu sama ada menurut perspektif timur atau barat, orang yang paling mengenali kita ialah ibubapa dan adik-beradik kita sendiri, kerana mereka telah lama hidup bersama-sama dengan kita, serta telah begitu lama bersama-sama susah senang dengan kita. Itulah hebatnya ajaran Islam ya...