Hujan di Oman

Dah dekat seminggu bumi Oman dibasahi hujan. Mator rahmat wa barakat. Hari ini pun hujan lagi, sekolah ditutup dua hari, sebab apa kami tak tahu. Sebenarnya lama sangat tak tengok air hujan turun mencurah-curah, alamak rindunya suasana tu.

Masa kanak-kanak bila hujan akulah budak yang paling cepat bersedia untuk mandi air hujan kat celorong rumah. Semakin kuat air jatuh atas kepala makin seronok rasanya. Dah terketar-ketar kesejukanpun tak akan naik ke rumah hinggalah hujan berhenti.

Tapi kat sini tak sama dengan suasana di Malaysia, hujan sekejap sangat, sekadar membasahkan jalanraya je. Itupun alhamdulillah, rahmat untuk kita yang berada di padang pasir ni. Bila dah alami keadaan kat sini barulah kita menghargai rahmat yang Allah kurniakan kepada kita di Malaysia.

Di sini biasanya hujan turun pada musim sejuk, itu yang menambahkan lagi kesejukan yang sedia ada. Tapi tahun ni cuaca agak berbeza, suhu pada akhir bulan Februari agak panas, pukul 10.30 pagi dah mula panas membahang. Kami ingatkan suasana panas akan berterusan, alamak teruk sikitlah tahun ini, rupa-rupanya cuaca berubah semula dan mula berangin dan hujan. Alhamdulillah.

Namun orang di sini takutkan hujan kerana biasanya hujan membawa bencana kepada mereka. Apa taknya kalau hujan turun berterusan selama 2 jam maka semua kawasan akan dipenuhi air, rumah dimasuki air dan sebagainya, tu belum lagi hujan seharian.

Biasanya kalau hujan turun lama maka kawasan wadi akan dipenuhi air, jalanraya juga akan digenangi air, banyaklah kemalangan yang berlaku. Ini kerana mereka terlalu ingin bermain dengan air yang mengalir deras di kawasan wadi sehinggakan ada kereta yang dihanyutkan air, orang lemas dan sebagainya.

Kalau menonton TV Oman, penuhlah program dengan laporan hujan, gambar hujan turun dengan lebat di setiap kawasan akan disiarkan. Itulah nikmat yang paling besar bagi mereka. Bagi kita di Malaysia hujan tidak bermakna sangat kerana kita dah terbiasa dengannya. Barulah faham makna hujan itu nikmat dan rahmat bagi hamba Allah.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Alam Bermusim

Tujuan Belajar Khat

Ilmu Allah itu Sangat Luas